awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia bakal larang eksport sisa minyak sawit, utamakan kegunaan domestik - Prabowo
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu pemilikan saham: Azam Baki yakin tidak lakukan sebarang kesalahan jenayah

Astro Awani
Astro Awani
08/01/2022
15:36 MYT
Isu pemilikan saham: Azam Baki yakin tidak lakukan sebarang kesalahan jenayah
Azam turut menyatakan kesediaan untuk dirujuk kepada Jawatankuasa Aduan SPRM sekiranya kes berkenaan melibatkan dirinya. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki yakin bahawa beliau tidak melakukan sebarang kesalahan jenayah atau salah guna kuasa berhubung isu pemilikan saham olehnya.
Memetik laporan BH Online, Azam turut menyatakan kesediaan untuk dirujuk kepada Jawatankuasa Aduan SPRM sekiranya kes berkenaan melibatkan dirinya.
Selain itu, beliau juga bersedia menyerahkan kepada budi bicara Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) kerana menurutnya tiada sebarang fakta disembunyikannya.
Azam sebelum ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang mengatakan beliau memiliki saham dengan jumlah yang melampau.
Beliau menegaskan tidak terlibat dalam urusan pemilikan saham, malah tuduhan yang mendakwa terdapat conflict of interest di pihaknya juga tidak berasas.
SEMUA MENGENAI KONTROVERSI MEMBABITKAN AZAM BAKI DI SINI
Azam menjelaskan, saham-saham itu dibeli melalui pasaran terbuka oleh adiknya menggunakan pembiayaannya dan saham-saham syarikat yang dibelinya oleh syarikatnya tiada kaitan dengan siasatan SPRM.
BACA: Saham Azam Baki: Bukit Aman sahkan terima laporan
BACA: Kerajaan tidak diam diri, SC sedang siasat Azam Baki - Ismail Sabri
Terdahulu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan tidak berdiam diri berhubung isu tersebut.
Sebaliknya tegas Perdana Menteri, siasatan sedang dilakukan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia berhubung pembelian saham yang mengaitkan Azam.
Malah, beliau memberi jaminan tidak akan berkompromi dengan isu berkaitan salah laku melibatkan sesiapa sahaja.
Topic Berkaitan
#pemilihan saham
#Azam Baki
#Ketua Pesuruhjaya SPRM
#Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
#kesalahan jenayah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan