Skip to main content

Malaysia

Isu perbelanjaan KKDW: SPRM sedia siasat jika aduan rasmi diterima

Abd Halim bercakapada sidang media selepas Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-59 SPRM dan Perhimpunan Bulanan SPRM Bil. 4/2026 di sini hari ini. - Foto Bernama
Abd Halim bercakapada sidang media selepas Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-59 SPRM dan Perhimpunan Bulanan SPRM Bil. 4/2026 di sini hari ini. - Foto Bernama

Advertisement

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) belum menerima sebarang aduan rasmi berhubung dakwaan perbelanjaan berlebihan sebanyak RM2.1 bilion oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abd Halim Aman berkata pihaknya hanya mengetahui perkara itu menerusi laporan media dan belum menerima aduan rasmi berkaitan dakwaan berkenaan setakat ini.

“Kita baca melalui media massa sahaja. Belum ada lagi secara rasmi. Jadi saya tidak fikir wajar untuk saya komen.

“Apabila perkara itu diadukan secara rasmi kepada pihak kami, sudah tentu pihak kami akan masuk (menyiasat),” katanya dalam sidang media selepas Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-59 SPRM dan Perhimpunan Bulanan SPRM Bil. 4/2026 di sini hari ini.

Semalam, media melaporkan Penasihat DAP Lim Guan Eng menggesa SPRM mengambil tindakan terhadap kementerian itu  berhubung dakwaan perbelanjaan berlebihan sebanyak RM2.1 bilion.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah dilaporkan berkata  kementerian itu tidak akan membelanjakan peruntukan melebihi jumlah yang diluluskan kerajaan, malah perbelanjaan kementerian adalah berdasarkan peruntukan yang dinyatakan dalam belanjawan atau jumlah yang telah diluluskan kerajaan.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement