awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu PKP penuh hanyalah perbincangan tidak rasmi dengan MITI - EuroCham

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
24/01/2021
12:06 MYT
Isu PKP penuh hanyalah perbincangan tidak rasmi dengan MITI - EuroCham
EuroCham memaklumkan surat berkenaan merupakan pekeliling dalaman yang dihantar kepada semua anggota untuk menyampaikan intipati perbincangan tidak rasmi dengan MITI.
KUALA LUMPUR:Dewan Perniagaan dan Industri Kesatuan Eropah (EU)-Malaysia (EuroCham Malaysia) menafikan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) ada menyebut berkenaan lockdown atau pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh jika kes jangkitan gagal diturunkan, Februari depan.
Dalam satu kenyataan kepada media, EuroCham memaklumkan surat berkenaan merupakan pekeliling dalaman yang dihantar kepada semua anggota untuk menyampaikan intipati perbincangan tidak rasmi dengan MITI.
"Inti perbincangan tidak rasmi dengan MITI bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang bagaimana komuniti perniagaan dapat memainkan peranan dalam melandaikan lengkung jangkitan COVID-19 dan kesan ekonomi jika kita tidak memainkan peranan yang aktif.
"EuroCham Malaysia ingin menjelaskan walaupun MITI memahami situasi yang mendesak ketika ini dengan jumlah kes yang meningkat, mereka tidak menyebut berkenaan perintah berkurung secara mendadak selepas 4 Februari 2021.
"Justeru kami berharap agar orang ramai fokus pada gambaran yang lebih besar dalam melaksanakannya peranan bagi untuk memastikan situasi yang memaksa pelaksanaan PKP dalam dielakkan," kata kenyataan itu.
Terdahulu, media tempatan melaporkan EuroCham, menerusi satu surat, didakwa mengeluarkan amaran pelaksanaan PKP penuh, iaitu dengan menutup hampir kesemua aktiviti ekonomi, akan dilaksanakan sekiranya kes penularan COVID-19 gagal dikawal menjelang 4 Februari.
Topic Berkaitan
#EuroCham
#perintah kawalan pergerakan
#Pelaksanaan PKP
#PKP
#COVID-19
#MITI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan