KOTA BHARU: Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Dr Izani Husin akan membuat laporan polis esok berhubung dakwaan 200 ahli Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Kelantan yang cuba 'memotong barisan' sebagai penerima awal suntikan vaksin COVID-19.
Beliau berkata dakwaan yang tular di media sosial itu adalah satu berita yang tidak benar dan palsu sehingga mencemarkan imej serta pentadbiran kerajaan negeri tersebut.
"Saya akan minta pihak polis membuat siasatan sepenuhnya. Perkara ini sangat serius dan tidak baik bagi sesebuah pentadbiran negeri. Imej kerajaan negeri rosak dan tercalar gara-gara berita palsu yang dikeluarkan kakitangan kesihatan itu sendiri," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Ahad lepas, tular di laman media sosial, antaranya Twitter, yang memaparkan tangkap layar mesej mendakwa suntikan vaksin COVID-19 kepada doktor, jururawat dan petugas barisan hadapan yang tersenarai awal sebagai penerima terpaksa ditangguhkan untuk memberi 'laluan' kepada 200 ahli SUK Kelantan.
Mengulas lanjut, Dr Izani turut menggesa Kementerian Kesihatan (KKM) menjalankan siasatan lanjut dan mengambil tindakan terhadap kakitangannya yang terlibat menyebarkan dakwaan itu.
"Bagi saya, KKM melalui Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) mesti membuat siasatan lanjut seperti mengikut Akta Tindakan Tatatertib Bab Enam (Pindaan) 1996 yang jelas menunjukkan bahawa mereka ini telah melakukan kesalahan.
"Malah selepas ketua atau pengarah jabatan buat kenyataan menafikan perkara itu, mereka masih lagi mempertikai keputusan ketua mereka dan ini adalah satu tindakan yang sangat tidak beretika.
"Jadi KKM seharusnya memperkuat sistem pentadbiran awam mereka dan seterusnya melihat dan mengambil tindakan kepada 'anak-anak' yang seolah-olah tidak reti (faham) peraturan," katanya.
Dalam pada itu, Dr Izani sekali lagi menegaskan pihak kerajaan negeri mahupun kakitangan SUK tidak pernah campur tangan dalam proses senarai penerima suntikan vaksin COVID-19 bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan peringkat negeri berkenaan.
"Tidak ada langsung tekanan mahupun desakan daripada pihak kerajaan negeri kepada JKNK untuk berbuat perkara sedemikian... apabila timbul perkara ini juga, saya rujuk kepada Pengarah serta Timbalan Pengarah JKNK sama ada pihak mereka terima tekanan daripada SUK dan mereka mengesahkan tiada," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 02 2021

Dr Izani menegaskan kerajaan negeri mahupun kakitangan SUK tidak pernah campur tangan dalam proses senarai penerima suntikan vaksin COVID-19. - Gambar hiasan/ AP
![[TERKINI] Azmin memang pandai soal video dan audio - Anwar [TERKINI] Azmin memang pandai soal video dan audio - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1899431/6271740471618211986413_640x360.jpg)
[TERKINI] Azmin memang pandai soal video dan audio - Anwar

Tan Sri Ahmad Fuzi dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke-8
Tan Sri Ahmad Fuzi Abdul Razak dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke-8 menggantikan Tun Abdul Rahman Abbas.

Tidak mohon kahwin kedua: JIPS siasat suami anak Chef Wan, Serina
Siasatan dibuat Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) selepas bekas isteri pertama pegawai berpangkat inspektor itu membuat laporan polis.

Keputusan Malaysia guna vaksin AstraZeneca atau tidak ditentukan minggu depan - Khairy
Keputusan sama ada Malaysia akan meneruskan penggunaan vaksin AstraZeneca COVID-19 atau tidak, bakal ditentukan pada minggu hadapan.
![[SIDANG MEDIA] Perkembangan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan [SIDANG MEDIA] Perkembangan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1899423/6271740461618209559108_640x360.jpg)
[SIDANG MEDIA] Perkembangan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan

Zulkifli tiba di Arab Saudi, adakan pertemuan dengan Gabenor Madinah
Lawatan ini bertujuan memperkukuh kerjasama dalam hal ehwal Islam serta ibadah haji dan umrah.

Dua Ketua Jabatan IPK Perak bertukar
Dua Ketua Jabatan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak bertukar ke IPK Kedah dalam rombakan yang dilakukan Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), berkuatkuasa Isnin.

Diskaun 70 peratus saman JPJ bermula esok
Pembayaran saman dengan diskaun yang ditetapkan itu boleh dibuat di semua pejabat JPJ serta secara dalam talian melalui portal rasmi jabatan.

Zakat fitrah Kedah RM7, RM14 dan RM21
Mufti Kedah Datuk Syeikh Fadzil Awang berkata penetapan itu dibuat berdasarkan kepada harga beras mengikut gred dan jenis, pada kadar timbangan satu gantang Baghdad iaitu bersamaan 2.6 kilogram beras.

Air rendaman kurma, amalkan minuman sunnah ini setiap hari, tapi elak simpan lama
Air rendaman kurma atau juga dikenali sebagai air nabeez. Inilah minuman sunnah yang ramai tidak tahu banyak khasiat sebenarnya.

Isu potong barisan dapatkan vaksin: Exco Kelantan akan buat laporan polis
Dakwaan yang tular di media sosial itu adalah satu berita yang tidak benar dan palsu sehingga mencemarkan imej serta pentadbiran kerajaan negeri tersebut.

DUN Kelantan luluskan kenaikan gaji ADUN, Exco
Kesemua barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Kelantan termasuk Menteri Besar, Timbalan Menteri Besar, dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bakal memperolehi pembayaran kenaikan gaji pokok.

Exco, ADUN Kelantan bakal naik gaji
Kenaikan itu perlu bagi mengurangkan jurang perbezaan gaji yang dinikmati mereka berbanding wakil rakyat negeri lain.

Selepas Mercedes, Exco Kelantan dapat 'durian runtuh' RM50,000 pula
Sebanyak 11 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Kelantan dan tiga ahli ex-officionya menerima pemberian khas sebanyak RM50,000 seorang, kata Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Kelantan umum portfolio MB, TMB dan 9 Exco
Kerajaan PAS Kelantan hari ini mengumumkan portfolio bagi Menteri Besar, Timbalan Menteri Besar dan 9 anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang baharu.