awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mujahid, Takiyuddin capai persetujuan tamat saman fitnah
[TERKINI] Faizal Azumu pula umum letak jawatan Pengerusi PN Perak
Bekas pengurus besar Air Kelantan bebas tuduhan rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu Pulau Pinang: Polis selesai ambil keterangan Sanusi - Bukit Aman

Bernama
Bernama
07/06/2023
15:52 MYT
Isu Pulau Pinang: Polis selesai ambil keterangan Sanusi - Bukit Aman
Pada 29 Mei lepas, Muhammad Sanusi dilaporkan berkata Kedah dan Pulau Pinang tidak ada sempadan kerana Pulau Pinang masih hak Kedah dan beliau mendakwa Kedah hanya mempunyai sempadan dengan Perak dan Perlis. - Gambar fail/Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah selesai mengambil keterangan daripada Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berhubung kenyataannya yang mendakwa Pulau Pinang adalah milik Kedah.
Setiausaha PDRM Datuk Noorsiah Saaduddin berkata Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman merakam percakapan Muhammad Sanusi di Pejabat Menteri Besar Kedah di Wisma Darul Aman, Alor Setar, hari ini.
"PDRM kini dalam tindakan melengkapkan kertas siasatan sebelum merujuk ke Pejabat Peguam Negara selari dengan peruntukan Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan dalam tempoh terdekat," katanya dalam kenyataan malam ini.
Sementara itu bercakap kepada pemberita di Alor Setar selepas memberi keterangan, Muhammad Sanusi berkata beliau ditanya lima soalan ketika diambil keterangan.
Semalam, media melaporkan PDRM menerima laporan dan telah membuka kertas siasatan berhubung kenyataan Muhammad Sanusi berkaitan perkara itu.
Pada 29 Mei lepas, Muhammad Sanusi dilaporkan berkata Kedah dan Pulau Pinang tidak ada sempadan kerana Pulau Pinang masih hak Kedah dan beliau mendakwa Kedah hanya mempunyai sempadan dengan Perak dan Perlis.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Muhammad Sanusi Md Nor
#selesai ambil keterangan
#Bukit Aman
#kenyataan Pulau Pinang milik Kedah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan