awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu Sajat tunai umrah, pemilik agensi pelancongan mengadap menteri

Astro Awani
Astro Awani
03/02/2020
09:31 MYT
Isu Sajat tunai umrah, pemilik agensi pelancongan mengadap menteri
Tindakan Sajat berkongsi pengalamannya di Tanah Suci undang pertanyaan ramai. - Gambar Instagram SAJAT
Susulan kontroversi yang dicetuskan oleh usahawan kosmetik, Sajat ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah umrah, pengasas agensi pelancongan Albayt Travel (M) Sdn Bhd., Sofwan Che Seman akan menemui Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof petang ini.
Menurut Sofwan, beliau telah diundang untuk menemui Mujahid bagi memberi penjelasan berhubung kronologi pemergian Sajat ke Tanah Suci menerusi pakej yang diuruskan syarikatnya.
Kata Sofwan, dalam pertemuan itu, beliau akan mendapatkan pandangan daripada Mujahid bagaimana isu berkenaan dapat diselesaikan.
"Saya akan berkongsi dengan Datuk Seri Mujahid proses yang kami lakukan seperti kelazimannya dalam menguruskan jemaah ke Tanah Suci.
"Mengenai isu Sajat, saya akan maklumkan bahawa kami telah mengikut prosedur operasi standard (SOP) serta peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa," kata Sofwan kepada Astro AWANI ketika dihubungi sebentar tadi.
Terdahulu, Mujahid menyatakan rasa kesal bagi pihak kerajaan dengan tindakan Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajad Kamaruzaman yang bertelekung serta menjalani ibadah umrah seperti wanita.
Tindakan sedemikian, kata Mujahid, telah mencemarkan imej Islam dan hubungan baik Malaysia dengan Arab Saudi.
"Saya kesal dengan tindakannya, sudahlah itu dipaparkan pula di Instagram seolah-olah bukan kesalahan," katanya kepada pemberita selepas townhall Maqasid Syariah di Kementerian Kesihatan Malaysia di sini hari ini.
BACA: Kerajaan kesal Sajad bertelekung di Tanah Suci: Mujahid
Sementara itu, Sofwan berkata, sepanjang pengetahuannya, Sajat berlepas ke Tanah Suci menggunakan visa beliau sebagai lelaki.
Justeru, apabila Sajat memuat naik hantaran di laman sosial dengan mengenakan telekung dan berpurdah, Sofwan sangat terkejut dengan tindakan yang dibuat usahawan kosmetik itu.
Dalam masa sama, Sofwan berkata, beliau juga sudah menemui wakil Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya serta Wisma Putra bagi menyampaikan laporan lengkap mengenai kontroversi ini. BACA: Jemaah Malaysia lelaki berpakaian wanita di Makkah, polis bagi amaran
Topic Berkaitan
#kontroversi
#Sajat
#tunai umrah
#usahawan kosmetik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan