awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu Syria Care: Mahkamah tolak rayuan Zamihan

Astro Awani
Astro Awani
15/11/2017
07:14 MYT
Isu Syria Care: Mahkamah tolak rayuan Zamihan
Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Selasa sebulat suara menolak rayuan Ustaz Zamihan Mat Zin terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam. -Gambar fail
Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Selasa sebulat suara menolak rayuan Ustaz Zamihan Mat Zin terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang mendapati dia bersalah berhubung kenyataan fitnah terhadap Syria Care dengan kos RM10,000.
Panel hakim diketuai Datuk Rohana Yusof mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 21 April 2017 lalu.
Saman fitnah itu difailkan Syria Care berhubung satu laporan kenyataan Zamihan bertajuk “Senseless jihad puts Malaysia as violence hub, says Home Ministry officer” pada 27 Jun 2014 di Star Online.
Laporan itu menyebut bahawa Zamihan telah mengaitkan Syria Care secara langsung sebagai kumpulan Syiah dan perlu dipantau kerajaan.
Mahkamah Tinggi Shah Alam dalam penghakiman sebelum ini memutuskan Zamihan bersalah dan perlu membayar kos RM30,000 kepada plaintif.
Zamihan juga dilarang daripada bercakap atau menerbitkan sebarang kenyataan selanjutnya berkaitan kes ini.
Dia juga diperintah membuat permohonan maaf tanpa syarat dan disiarkan di portal sama.
Topic Berkaitan
#jihad
#kenyataan fitnah
#Mahkamah Rayuan Putrajaya
#Mahkamah Tinggi Shah Alam
#Pengerusi ASWAJA
#Penolakan rayuan
#Rohana Yusof
#Syria Care
#Ustaz Zamihan
#Zamihan Mat Zin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan