awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu tapak bazar Ramadan mahal diselesaikan dalam masa terdekat

Bernama
Bernama
24/04/2019
21:15 MYT
Isu tapak bazar Ramadan mahal diselesaikan dalam masa terdekat
Proses rundingan sedang dijalankan bersama peniaga terbabit. - Gambar hiasan
Isu kenaikan harga tapak bazar Ramadan di sekitar Bandar Raya Kuala Terengganu, akan diselesaikan dalam masa terdekat tanpa membebankan peniaga, kata Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
Katanya, proses rundingan sedang dijalankan bersama peniaga terbabit, dan beliau yakin keputusan itu nanti akan memuaskan hati semua pihak terlibat.
"Paling penting keputusan itu nanti adalah situasi menang-menang, untuk peniaga dan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu seterusnya kepada pengguna.
"Saya tak boleh dedahkan butirannya, sebab perundingan sedang berjalan untuk mencari penyelesaian terbaik. Insya-Allah semuanya akan selesai sebelum Ramadan tidak lama lagi," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan sumbangan misi kemanusiaan Gaza 2019 sebanyak RM155,000 hasil sumbangan 22 pihak, termasuk anak syarikat kerajaan negeri, syarikat swasta dan orang perseorangan di sini pada Rabu.
Baru-baru ini, tular di laman sosial mengenai isu kenaikan harga tapak bazar Ramadan di sekitar Kuala Terengganu kepada RM4,000 berbanding RM1,400 sebelum ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bandar Raya Kuala Terengganu
#Bazar Ramadan
#Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
#kenaikan harga
#Menteri Besar Terengganu
#tapak bazar Ramadan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan