awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Maruah ATM perlu terpelihara, jangan samakan kesalahan individu - RAFOC
Panda kembar Tokyo 'balik' China 27 Januari
Iran tegaskan kesediaan bekerjasama dengan Iraq demi kestabilan serantau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu Zakir Naik: PM tunggu siasatan polis, status PR mungkin ditarik

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
16/08/2019
11:03 MYT
Isu Zakir Naik: PM tunggu siasatan polis, status PR mungkin ditarik
MAHATHIR: Buat masa ini, polis masih lagi menyiasat perkara ini. - Astro AWANI/Shahir Omar
Kerajaan menunggu keputusan siasatan oleh pihak polis sebelum sebarang keputusan dibuat terhadap pendakwah, Dr Zakir Naik.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, antara keputusan yang mendepani pendakwah itu termasuk menarik semula status penduduk tetap (PR) yang diberikan.
“Dia (Zakir Naik) mempunyai status penduduk tetap. Kita boleh menarik semula status tersebut sekiranya beliau melakukan sesuatu yang menjejaskan kesejahteraan negara ini.
“Buat masa ini, polis masih lagi menyiasat perkara ini. Jika benar dia melakukannya, pastinya kita akan menarik balik status penduduk tetap yang dimilikinya,” ujarnya dalam satu sidang media di sini hari ini.
Sebelum ini, Zakir antara lain didakwa mahu membentuk jurang antara kaum dan agama di Malaysia bagi mendapatkan sokongan komuniti Muslim di Malaysia serta membolehkan beliau tinggal di Malaysia.
Malah, Zakir didakwa mempunyai motif untuk memecah belah populasi dan keharmonian rakyat Malaysia menerusi ucapan yang disampaikannya.
BACA: Ada banyak lagi kenyataan sensitif, tapi hanya sepihak dipersalah - Mufti Perlis
BACA: 115 laporan polis diterima, Zakir Naik akan dipanggil beri keterangan - Mazlan
BACA: Demi ketenteraman awam dan sensitiviti agama, Zakir Naik tidak dibenarkan ceramah
Topic Berkaitan
#kesejahteraan
#Mahathir Mohamad
#pendakwah
#Penduduk Tetap
#polis
#siasatan
#status PR
#Zakir Naik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan