awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ISWAMI anjur bacaan Yasin, doa selamat untuk kesihatan Tun M

Bernama
Bernama
22/01/2022
21:16 MYT
ISWAMI anjur bacaan Yasin, doa selamat untuk kesihatan Tun M
Tun M kini stabil dan memberi respons yang baik kepada rawatan lanjutan prosedur elektif yang dijalankan 8 Jan lepas. - Foto fail
KUALA LUMPUR: Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia dan Indonesia (ISWAMI) menganjurkan bacaan doa selamat dan Yasin bagi kesihatan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang diadakan secara maya malam tadi.
Seramai 50 peserta terdiri daripada warga media tempatan dan juga dari negara jiran itu menyertai majlis berkenaan yang bermula pada 9.15 malam, dengan bacaan doa selamat dan tahlil diketuai penolong pengurus bahagian teknikal Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Asri Junin.
Presiden ISWAMI Malaysia yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Datuk Mokhtar Hussain, Presiden ISWAMI Indonesia Asro Kamal Rokan dan Ketua Pengarang Bernama Khairdzir Md Yunus turut hadir dalam majlis yang berlangsung selama 45 minit itu.
Turut menyertai majlis berkenaan ialah Timbalan Ketua Pengarang (Perniagaan dan Kewangan) Roslan Ariffin dan Pemangku Timbalan Ketua Pengarang (Perkhidmatan Berita) Harlina Samson.
Wartawan kanan dari Malaysia dan Indonesia serta wakil dari Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, Jabatan Perdana Menteri, petugas Bernama dan agensi berita rasmi Indonesia, ANTARA turut menyertainya.
Pengamal media mula berkumpul di luar Institut Jantung Negara (IJN) sejak 12 tengah hari Sabtu bagi mendapatkan perkembangan terkini status kesihatan Dr Mahathir.
Bagaimanapun, Datin Paduka Marina yang merupakan anak Ahli Parlimen Langkawi itu memaklumkan keadaan bapanya kini stabil dan memberi respons yang baik kepada rawatan lanjutan prosedur elektif yang dijalankan 8 Jan lepas.
BACA: Tun Mahathir stabil, beri respon baik kepada rawatan lanjutan - Marina Mahathir
Dr Mahathir sebelum ini dibenarkan keluar dari IJN pada 13 Jan selepas dimasukkan ke pusat perubatan itu pada 7 Jan dan beliau menjalani prosedur perubatan elektif yang dikendalikan sepasukan doktor dari institut tersebut dan Pusat Perubatan Universiti Malaya pada 8 Jan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dr Mahathir
#bacaan Yasin
#Iswami
#IJN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan