awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Nama anak boleh ditolak JPN? Fakta penting dan mengejutkan yang mama papa wajib tahu
SAR lelaki hilang ketika memancing dihentikan
COP30: TNB pengupaya utama pacu kerjasama tenaga menerusi Grid Kuasa ASEAN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isytihar harta: Bersatu T'ganu sifatkan pemimpin Pas penakut

Astro Awani
Astro Awani
02/07/2019
09:17 MYT
Isytihar harta: Bersatu T'ganu sifatkan pemimpin Pas penakut
RAZALI: Penolakan Pas ni adalah penolakan politik. Apa yang kerajaan buat, dia tak setuju. Itu sahaja yang saya nampak. - Astro AWANI
Parti Pribumi Malaysia Bersatu (Bersatu) Terengganu menyifatkan pemimpin Pas penakut kerana enggan mengisytiharkan harta mereka.
Pengerusinya Datuk Razali Idris berkata, pengisytiharan harta di kalangan wakil rakyat itu penting bagi membuktikan negara bersih dari rasuah dan salah guna kuasa.
Menurutnya, penolakan yang dilakukan parti Pas itu juga dilihat sebagai satu penolakan politik.
"Apabila dia ambil keputusan menolak pengisytiharan harta yang diusulkan di Parlimen baru-baru ini, kita nampak mereka ini seolah-olah rasa takut, dengan alasan yang dia tak dapat projek.
"Soalnya bukan mengenai projek. Soalnya kita nak tentukan harta kita hari ini ada berapa? Kalau harta kita itu halal, kita buat perniagaan dengan cara yang betul, kita bayar cukai, bayar apa-apa yang disyaratkan oleh kerajaan.
"Apa yang kita nak takut walaupun kita ada harta bilion ringgit? Jadi, penolakan Pas ni adalah penolakan politik. Apa yang kerajaan buat, dia tak setuju. Itu sahaja yang saya nampak," katanya.
Pada Isnin, Dewan Rakyat sebulat suara meluluskan usul mewajibkan semua Ahli Parlimen, termasuk pembangkang mengisytiharkan harta masing-masing.
Bagaimanpun Pas menyatakan tidak akan menyokong usul itu kerana menurut Timbalan Presidennya Tuan Ibrahim Tuan Man, Islam melarang umatnya berbuat demikian.
Katanya, dalam Islam, jika Allah memberi harta kepada mana-mana individu, mereka tidak boleh menghebohkannya kepada orang ramai.
Topic Berkaitan
#Bersatu Terengganu
#Dewan Rakyat
#isytihar harta
#kerajaan
#PAS
#pembangkang
#penolakan politik
#Razali Idris
#Tuan Ibrahim Tuan Man
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan