Ahli Parlimen Tanjung Piai Datuk Dr Md Farid Md Rafik tidak langsung menunjukkan sebarang tanda-tanda sebelum saat kematiannya atau kemungkinan dia menghidap sebarang penyakit.
Demikian diceritakan ibunya, Norma Mohamed, yang ditemui media susulan pemergian anak sulungnya itu awal pagi ini.
Bagaimanapun, katanya, Md Farid sempat meninggalkan pesan kepada pembantu peribadinya agar menyegerakan semua peruntukan untuk pembiayaan tertentu di kawasannya.
"Dia panggil pegawainya. Dia kata, ketua kampung begini, begini, selesaikan. Dia mungkin tak sempat balik. Dia takut hal itu tak selesai. Setiausaha kampung juga datang jumpa dia.
"Dia cakap dengan pegawainya, selesaikan benda ini. Kena habiskan, jangan sampai tak habis. Nanti kalau kita nak mohon peruntukan, peruntukan tak keluar, katanya," kata Norma yang turut mengiringi arwah dalam majlis bersama masyarakat setempat di Pontian Jaya malam tadi.
BACA: Ahli Parlimen Tanjung Piai meninggal dunia
Dia mengakui, sehingga kini, masih terngiang-ngiang perbualan Md Farid, 42 tahun, dan pesanan Allahyarham kepada pegawainya itu.
Bagaimanapun, katanya, dia reda dan mengharapkan pemergian Allahyarham diiringi doa oleh semua, terutama penduduk di kawasan Serkat.
"Kita doakan pemergian dia. Itu kehendak Allah," katanya.
Tambah Norma, anaknya yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu seorang yang sangat disenangi masyarakat, termasuk oleh pengundi Cina di kawasan Parlimen itu.
BACA: Bersatu jangan bercakaran sesama sendiri, pesanan terakhir Dr Md Farid
Md Farid dimasukkan ke Hospital Pontian pagi tadi dan dipercayai meninggal dunia kira-kira pukul 5.30 pagi akibat serangan jantung.
Allahyarham, juga Naib Ketua Bahagian Bersatu Tanjung Piai, meninggalkan seorang isteri dan tiga orang anak.
Jenazah Allahyarham dijangka dibawa pulang ke rumah ibunya di Serkat untuk dikebumikan sebelum Zohor.
Astro Awani
Sat Sep 21 2019

Norma berkata, anak sulungnya itu seorang yang sangat disenangi, termasuk oleh pengundi Cina di kawasan Parlimen Tanjung Piai itu. - Astro AWANI

AWANI Ringkas: Tun Dr Salleh Abbas meninggal dunia | Kelantan laksana PKP bermula hari ini

COVID-19: Peningkatan kes di Kelantan akibat gelombang kepulangan perantau
Peningkatan kes dan penularan wabak COVID-19 secara mendadak di seluruh Kelantan dipercayai berpunca daripada gelombang kepulangan perantau baru-baru ini.

AWANI Pagi: Menarik atau tidak buku teks digital?
Kementerian Pendidikan, KPM menerusi Perbadanan Kota Buku (PKB) membangunkan aplikasi 'KPM etextbook reader' bagi memudahkan murid mendapatkan buku teks sekolah secara digital. Antara lain, KPM berkata, aplikasi itu akan memberi akses buku teks sekolah secara digital kepada murid yang akan memulakan sesi persekolahan ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan. PKP bermula Rabu sehingga 26 Januari ini. Bersedia di talian melalui Skype, orang yang tepat sekali untuk berkongsi topik ini. Beliau ialah Mutalib Uthman, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kota Buku.

Banjir di empat negeri belum reda, 10,549 mangsa dipindah ke PPS
Pahang catat jumlah mangsa tertinggi dengan 5,676 di lima daerah terkesan, diikuti Sarawak, Sabah dan Johor

PKP 2.0: Surat kebenaran hanya perlu dipohon sekali sahaja
Peniaga yang ingin meneruskan perniagaan dan perlu merentas daerah, digesa mendapat surat kebenaran dari balai polis berdekatan.

Gempa bumi sederhana landa utara Laut Maluku, Indonesia
Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

Trump enggan hadiri upacara rasmi peralihan kuasa
Trump enggan menghadiri upacara rasmi peralihan kuasa yang akan diadakan pada Rabu depan.

Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat kepada 4,247
Setakat jam lapan pagi tadi, 4,247 mangsa dari 1,173 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS).
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [16 Januari 2021] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [16 Januari 2021]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/37486617801610757430666/1885731_10096174751610757648955_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [16 Januari 2021]
AWANI Pagi membawakan kemas kini terkini mengenai berita dalam dan luar negara yang dilaporkan di www.astroawani.com bersama Hafizi Rosli dan Afiezy Azaman.

AWANI Ringkas: Banjir tiga negeri makin pulih | MetMalaysia keluar amaran cuaca waspada

Tun Dr Mahathir zahirkan ucapan takziah kepada keluarga Dr Md Farid
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menzahirkan ucapan takziahnya dengan pemergian Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Md Farid Md Rafik yang meninggal dunia pagi tadi.

Pemergian Dr Md. Farid satu kehilangan besar - Waytha Moorthy
Pemergian Ahli Parlimen Tanjung Piai, Datuk Dr Md. Farid Md Rafik merupakan satu kehilangan besar kepada kementerian terbabit.

'Itu kehendak Allah' - Ibu Md Farid reda pemergian anak sulung
Md Farid sempat meninggalkan pesan kepada pembantu peribadinya agar menyegerakan semua peruntukan untuk pembiayaan tertentu di kawasannya.