IPOH: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menaiktaraf Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) bagi memberi keselesaan kepada pesakit.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, jabatan tersebut kini agak sesak dan tidak mempunyai ruang mencukupi untuk menampung ramai pesakit.
Menurutnya, jabatan itu sememangnya memerlukan satu projek naik taraf yang segera.
“Jadi saya telah maklumkan bahawa KKM akan menaiktaraf dan memperluaskan Jabatan Kecemasan dan Trauma.
“InsyaAllah kalau kita dapat peruntukan untuk tahun depan, ini akan menjadi antara projek keutamaan untuk memastikan bahawa ia dapat diperbesar dan dinaiktaraf supaya waktu menunggu di jabatan sebelum dihantar ke wad dan sebagainya dapat dikurangkan,” katanya.
Beliau ditemui ketika melakukan lawatan kerja ke Perak di sini, hari ini.
Turut hadir Exco Kesihatan, Sains, Alam Sekitar & Teknologi Hijau Perak dan Pengarah Kesihatan Perak, Datuk Dr Ding Lay Ming.
Menurut Khairy, apa yang paling penting ialah pesakit mendapat kemudahan yang lebih selesa sekiranya mereka terpaksa menunggu.
Abd Razak Mohd Ali
Tue Apr 05 2022
Khairy diiringi Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Perak Dr Ding Lay Ming (kiri) ketika mengadakan lawatan kerja di Hospital Raja Permaisuri Bainun hari ini. - Foto BERNAMA
PM Anwar hulur sumbangan kepada Daddy Rock
Perdana Menteri berkata Shahrol Asikin yang mengalami masalah komplikasi jantung akan menjalani prosedur pembedahan jantung bulan depan.
Larian hari pertama obor Olimpik di Perancis selesai, Drogba nyalakan kawah
Basile Boli menjadi pembawa obor pertama, memulakan larian dari Basilika Notre-Dame de la Garde yang ikonik.
Mahkamah Agung India bebaskan Ketua Menteri Delhi dengan jaminan sementara
Kejriwal ditahan Direktorat Penguatkuasaan pada 21 Mac berkaitan siasatan rasuah yang melibatkan dasar penjualan alkohol di Delhi.
PM Anwar seru Sime Darby Plantation jadi pelopor kurangkan kebergantungan buruh asing
Anwar berkata pendekatan dan kemajuan teknologi yang digunakan Sime Darby Plantation, disasarkan menjadi contoh kepada pekebun-pekebun kecil.
AirAsia terus sokong inisiatif FLYsiswa, permohonan baucar kini dibuka
Pelajar kini punya akses ke 47 laluan di seluruh rangkaian domestik AirAsia, menghubungkan Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan.
Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura dapat tarik FDI daripada syarikat multinasional - Maybank IB
Johor mempunyai tenaga buruh yang kompetitif, tanah yang banyak dan sumber tenaga yang lebih murah.
UTM optimis pacu teknologi AI negara, lahir tenaga mahir
Inisiatif kolaboratif dengan institusi akademik lain dikenali sebagai Konsortium AI Malaysia turut diperkenal.
337 stesen pemancar 5G beroperasi di Pahang
Baki 24 struktur disasarkan untuk disiapkan menjelang penghujung suku kedua tahun ini sekali gus menepati sasaran liputan 5G di kawasan berpenduduk.
Dua dokumentari warisan Malaysia disenarai dalam MOWCAP
Dua dokumentari itu ialah At-Tarikh Salasilah Negeri Kedah: Genealogical History of Kedah State dan The Royal Correspondence of Baginda Omar.
Ibu bapa berperanan penting dalam tumbesaran kanak-kanak
Beliau berkata pelbagai masalah mungkin timbul, sekiranya kanak-kanak tidak mendapat perhatian yang cukup daripada ibu bapa.
HRPB wujudkan Unit Pengurusan Katil untuk percepat kemasukan pesakit ke wad
Kewujudan BMU, yang kini beroperasi 24 jam sehari, membantu melancarkan proses discaj dan kemasukan pesakit di semua wad.
Jabatan Kecemasan dan Trauma HRPB akan dinaiktaraf - KKM
Jabatan tersebut kini agak sesak dan tidak mempunyai ruang mencukupi untuk menampung ramai pesakit.
COVID-19: 21 kes positif babitkan petugas kesihatan di HSA Johor
Seramai 21 petugas kesihatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) dikesan positif COVID-19 membabitkan Kluster Jalan Persiaran Abu Bakar Sultan di sini sejak semalam.
HTAR nafi Jabatan Kecemasan dan Trauma dikosongkan ketika lawatan PM
Jabatan berkenaan sudah sememangnya penuh dengan pesakit yang setakat semalam, seramai 177 pesakit masih belum menerima rawatan.
Masih ada pesakit tidak jujur di ETD, beri risiko berganda COVID-19
Masih ada yang tidak jujur dengan status kesihatan mereka yang terdedah atau menjadi kontak rapat pesakit COVID-19 ketika hadir menerima rawatan.
Ada masa untuk sakit kepala?
Diagnosa untuk permasalahan gejala sakit kepala amat banyak. Diagnosa ringan sehingga diagnosa yang boleh mengancam nyawa.
Sebahagian siling di wad kecemasan Hospital Kluang runtuh
Kerja pembersihan juga sedang giat dijalankan dan operasi serta perkhidmatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma juga berjalan seperti biasa.
Wanita terjatuh dari tingkat 5 Hospital Sultanah Bahiyah
Seorang wanita patah tulang belakang apabila terjatuh dari tingkat lima Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini petang semalam.