Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan akan menyenaraikan 10 jabatan dan agensi kerajaan di negeri ini yang berisiko terbabit dengan gejala rasuah dan salah guna kuasa, pada Oktober depan.
Pengarahnya Datuk Moh Samsudin Yusof berkata pihaknya juga akan menyenaraikan lima jabatan dan agensi kerajaan yang paling bersih daripada kesalahan rasuah dan salah guna kuasa.
"Jabatan dan agensi yang dikenal pasti berisiko terbabit dengan rasuah atau salah guna kuasa akan diminta memperbaiki kelemahan yang ada secepat mungkin," katanya kepada pemberita selepas majlis Ikrar Bebas Rasuah oleh warga Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan di sini, pada Rabu.
Beliau berkata SPRM telah memberi amaran kepada ketua jabatan dan agensi supaya sentiasa membuat penambahbaikan bagi mengelak berlakunya kesalahan tersebut.
"Sekiranya wujud kes rasuah atau salah guna kuasa dalam kalangan penjawat awam, kami akan merujuk kes itu kepada timbalan pendakwa raya untuk didakwa di mahkamah," katanya.
Bagi lima jabatan dan agensi terbaik yang bersih daripada gejala rasuah dan salah guna kuasa pula akan diberi penghargaan oleh SPRM.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 02 2017
Moh Samsudin (gambar) berkata SPRM telah memberi amaran kepada ketua jabatan dan agensi supaya sentiasa membuat penambahbaikan bagi mengelak berlakunya kesalahan tersebut. - Gambar fail
9 tentera terbunuh nahas helikopter di Colombia
Helikopter itu terputus hubungan dengan pangkalan pada tengah hari dan kemudian didapati terhempas berhampiran daerah Santa Rosa.
Venue Piala Thomas, Uber di Chengdu dilanda 'demam' panda
Yang paling mencuri perhatian ialah magnet peti sejuk yang menampilkan Yu Rong Rong bermain badminton.
Houthi Yaman serang dua kapal pemusnah AS
Houthi berjaya menyasarkan serangan terhadap dua kapal pemusnah AS dan kapal CYCLADES di Laut Merah serta MSC Orion di Lautan Hindi pada awal Selasa.
Ringgit rendah berbanding dolar AS pada awal dagangan
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7665/7710 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.7650/7700 semalam.
Bakal jemaah haji OKU syukur dipilih jadi tetamu Allah
Abdul Samad MM Abdul Aziz, 53, yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) Penglihatan bersyukur dan teruja apabila dipilih seorang daripada 31,600 jemaah haji dari Malaysia tahun ini.
Pendakwa raya ICC temu bual kakitangan hospital di Gaza
Pendakwa raya dari Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) telah menemu bual kakitangan dari dua hospital terbesar di Gaza.
Israel bimbang ICC keluar waran tangkap berkait perang Gaza
Israel menyuarakan kebimbangan bahawa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) bersiap sedia untuk mengeluarkan waran tangkap bagi pegawainya atas tuduhan berkaitan dengan pengendalian perang terhadap Hamas.
Liputan Haji: Bakal fokus kepada cabaran dan kebajikan jemaah wanita
Bagi petugas media mewakili Astro AWANI, untuk tahun ini, musim 1445 hijrah, yang terpilih ialah Editor dan Penerbit Astro AWANI, Dr Azlinariah Abdullah dan Azlinda Salim bersama 12 yang lain daripada agensi media.
Che'gubard mengaku tidak bersalah pertuduhan Akta Hasutan 1948
Dia didakwa membuat penerbitan menghasut akaun Facebook atas nama Che'GuBard di Mutiara Villa, Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada jam 6.30 petang 26 April lalu.
IMF lulus pembiayaan dana AS$1.1 bilion kepada Pakistan
Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada Isnin meluluskan pembiayaan segera dana bantuan bernilai US$1.1 bilion kepada Pakistan.
Premis dalam sistem HIDE bukan disah sebagai kluster penyebaran - Khairy
Premis yang tersenarai berpotensi menjadi kluster sekiranya tiada tindakan awalan diambil, tetapi ia tidak perlu ditutup kecuali diarahkan pihak berkuasa.
'PKP perlu bersasar, tutup sektor berisiko sahaja'
Kesan penutupan ekonomi akan mengambil masa bertahun untuk pulih dan pelaksanaannya akan menyebabkan kadar pengangguran naik mendadak.
COVID-19: Thailand tingkat usaha elak gelombang jangkitan
Daripada jumlah itu 118 dianggap sebagai amat berisiko, 856 diklasifikasikan sebagai berisiko rendah, manakala 16 lagi di dalam siasatan.
'Jangan kisah dicemuh' - Khalid Samad nasihat penguatkuasa DBKL perlu ada integriti
Ia penting bagi memastikan imej pasukan penguatkuasa itu disegani dan dipercayai warga kota Kuala Lumpur.
Ketua Menteri yakin projek Lebuhraya Bukit Kukus dibina dengan selamat
Jurutera akan melihat semula reka bentuk projek itu dan membuat pembetulan sekiranya diperlukan, selepas arahan memberhentikan kerja oleh DOSH ditarik balik.
Keputusan Parlimen China lanjut kuasa Presiden dapat kritikan
Tindakan parlimen China menghapuskan tempoh pentadbiran presiden dibimbangi akan memberi kesan kepada pelaksanaan keputusan yang berpotensi sangat berisiko.
Jabatan kerajaan berisiko rasuah bakal disenarai - SPRM Kelantan
Pengarahnya Datuk Moh Samsudin Yusof berkata pihaknya juga akan menyenaraikan lima jabatan dan agensi kerajaan yang paling bersih daripada kesalahan rasuah dan salah guna kuasa.