Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan melalui agensinya Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) telah mengambil beberapa langkah menangani kes demam kepialu atau tifoid yang sedang menular di beberapa kawasan.
Kementerian itu dalam satu kenyataan hari ini berkata surat bertarikh 21 Okt telah dikeluarkan kepada semua pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk melaksanakan beberapa tindakan itu.
"Tindakan tersebut termasuklah meningkatkan tahap kebersihan premis makanan dan memastikan semua pengendali makanan mempunyai sijil pengendali makanan dan mendapat suntikan anti tifoid," katanya.
Menurut kementerian itu, sebarang kejadian kes cirit-birit yang berlaku dalam kalangan pengendali makanan perlu mendapatkan rawatan segera di klinik atau hospital berhampiran.
Penyakit demam kepialu adalah disebabkan oleh makanan dan minuman yang dicemari bakteria Salmonella Tyhpii dan pengendalian makanan yang selamat dan sihat oleh pengendali makanan adalah penting, katanya.
"Mengikut laporan akhbar, sebanyak 52 kes telah dilaporkan sehingga semalam dan JKT akan terus berkerjasama dengan PBT di seluruh Malaysia dalam usaha membendung penyakit ini daripada terus menular," katanya.
Bernama
Tue Oct 27 2015
Antara tindakan yang perlu diambil adalah meningkatkan tahap kebersihan premis makanan dan memastikan semua pengendali makanan mempunyai sijil pengendali makanan dan mendapat suntikan anti tifoid.
AWANI Pagi: Hari sedunia bagi keselamatan & kesihatan di tempat kerja 2024
Memahami kaitan perubahan iklim kepada isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan, yang diangkat sebagai tema Hari Sedunia bagi Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja tahun ini. Diskusi bersama Ts Mohd Soffian Osman, Perunding Keselamatan & Kesihatan Awam, Safety Management Academy 7.30 pagi nanti
Jualan kediaman kekal memberangsangkan - TA Global
Kenaikan harga hartanah akibat tekanan inflasi ke atas harga bahan binaan tidak menghalang hasrat rakyat Malaysia untuk memiliki rumah idaman.
Rakyat Israel desak kerajaan bawa pulang tebusan yang tinggal
Ribuan berkumpul di Tel Aviv pada Sabtu malam bagi mendesak kerajaan Israel mencapai perjanjian gencatan senjata dengan Hamas dan membawa pulang tebusan yang tinggal
Hamas keluarkan video dua tebusan Israel
Kumpulan pejuang Hamas mengedarkan video menampilkan dua tahanan Israel yang menyeru kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, untuk memenuhi perjanjian pembebasan mereka.
Israel sedia tangguh serangan ke atas Rafah
Israel bersedia menangguhkan serangan ke Rafah jika perjanjian pembebasan tahanan Hamas tercapai. Menteri Luar Israel, Israel Katz, menegaskan keutamaan pembebasan tahanan.
Restoran nasi kandar dibaling cat, polis kesan tiga lelaki
Cat merah tersebut terkena papan tanda dan pintu hadapan restoran yang mula beroperasi pada Sabtu.
Kawasan Beris Lalang terbakar lagi
Cuaca panas melampau di Kelantan menyebabkan kebakaran ladang dan semak di kawasan Beris Lalang. Penduduk dan pekebun mengalami kerugian
Ringgit dijangka diniaga dalam jajaran kecil
Ringgit Malaysia dijangka berada di sekitar 4.77 berbanding Dolar AS minggu depan, bergantung kepada keputusan FOMC dan data ekonomi AS
Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam jajaran kecil
Analisis terkini menunjukkan Bursa Malaysia berpotensi naik dalam jajaran kecil minggu depan, dengan pandangan positif terhadap kembalinya dana asing. Paras sokongan dan konsolidasi disebutkan.
PM tiba di Riyadh untuk hadiri mesyuarat WEF
Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Riyadh bagi menghadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia. Beliau dijadual terlibat dalam dialog strategik, panel, dan pertemuan bersama pemimpin serantau
126 premis makanan diarah tutup dalam Ops Kepialu KL
Sebanyak 126 premis makanan telah diarahkan tutup dalam Ops Kepialu KL 2015 yang dijalankan bermula 4 hingga 6 November atas faktor kebersihan.
Tifoid: Kebersihan pekerja asing sektor pembinaan juga perlu dipersoalkan - PRESMA
PRESMA mahu pihak berkuasa tidak menumpukan usaha mengekang penularan penyakit demam kepialu kepada pekerja asing di restoran sahaja.
55 kes demam kepialu di KL dan Selangor
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata tiga kes masih dalam rawatan di Hospital Kuala Lumpur.
Tifoid: 30 peratus warga asing di Malaysia tidak disuntik vaksin
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Subramaniam menggesa pihak majikan lebih bertanggungjawab dalam menangani hal tersebut.
Jabatan kerajaan tempatan ambil langkah tangani kes demam kepialu
Antara tindakan yang perlu diambil adalah meningkatkan tahap kebersihan premis makanan dan memastikan semua pengendali makanan mempunyai sijil pengendali makanan dan mendapat suntikan anti tifoid.
Pengusaha makanan diarah beri suntikan tifoid pada pekerja asing - Subramaniam
Pemeriksaan mendapati lebih 30 peratus majikan yang menggaji pekerja asing yang tidak menerima suntikan tifoid atau deman kepialu.
Jangan dengar khabar angin, demam kepialu masih terkawal - Dr Subramaniam
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam meminta orang ramai agar tidak khuatir dengan situasi demam kepialu di ibu negara, berdasarkan khabar angin yang tersebar ketika ini.
Golongan pekerja lebih berisiko dijangkiti demam kepialu - Kementerian
Orang ramai yang mempunyai gejala demam kepialu untuk segera berjumpa dengan doktor sekiranya simptom berlarutan beberapa hari.
Demam kepialu: Bagaimana tersebar, simptom dan cara mengelak daripada dijangkiti
Ketahui tanda-tanda jangkitan demam kepialu, cara ia tersebar dan langkah yang boleh diambil untuk melindungi keluarga anda.
Penularan kepialu terkawal, vaksin mencukupi - Subramaniam
Penularan kes ini terkawal dan dipantau rapat pihak kementerian dengan kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB).