Jabatan Kesihatan Negeri Kedah menafikan berlaku insiden lewat memberikan rawatan terhadap pesakit di Klinik Kesihatan Bukit Selambau, dekat sini, seperti didakwa seorang pengadu menerusi video yang tular sejak Khamis lalu.
Pengarahnya, Datuk Dr Norhizan Ismail berkata, piagam pelanggan di klinik terbabit jelas menyatakan bahawa masa menunggu bagi kes baharu ialah 60 minit.
"Tiada kelewatan bahkan rawatan sewajarnya telah diberikan, pendaftaran pada 2.05 petang diikuti rawatan awal oleh Jururawat Kesihatan pada 2.15 petang, malah jururawat turut memaklumkan kepada Pegawai Perubatan (PP) untuk memberi rawatan lanjutan kepada pesakit.
Namun memandangkan PP sedang melakukan pemeriksaan imbasan terhadap seorang ibu mengandung yang perlu dirujuk ke hospital, jururawat diminta memaklumkan kepada Penolong Pegawai Perubatan (PPP) untuk membuat rawatan. Pesakit dirawat pada pukul 2.21 petang dan rawatan selesai pada pukul 2.40 petang," katanya menerusi satu kenyataan media, di sini, hari ini.
Terdahulu, seorang lelaki yang menemani rakannya mendapatkan rawatan di klinik terbabit, mendakwa tidak berpuas hati dengan perkhidmatan di situ lalu bertindak merakam video yang kemudiannya menjadi tular.
Video terbabit memaparkan tindakan lelaki terbabit meninggikan suara sewaktu bercakap dengan staf klinik terbabit, mengugut untuk menyebarkan video itu selain menceroboh masuk ke beberapa ruang di dalam klinik berkenaan.
Ahmad Kamsul berkata, siasatan mendapati pada hari tersebut, pengadu membawa rakannya ke klinik terbabit kira-kira pukul 2 petang, dan didaftarkan pada 2.05 petang, dan rawatan awal luka pada ibu jari kaki kiri pesakit serta suntikan diberikan oleh Jururawat Kesihatan sebelum rawatan lanjut oleh PPP.
"Rakan pesakit yang juga pengadu, bertindak merakam video pada pukul 2.23 petang (jam pengadu), membuat bising dan mengugut staf di kaunter pendaftaran untuk menularkan video itu.
"Pengadu turut menceroboh masuk ke semua bilik dan kaunter dengan rakaman video beliau serta bersuara secara agresif hingga menyebabkan staf tidak berani untuk menerangkan situasi klinik pada waktu itu untuk mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini," katanya.
Norhizan berkata, pihaknya kesal dengan tindakan pengadu yang mengugut dan menceroboh ke dalam bilik-bilik rawatan.
"Klinik Kesihatan Bukit Selambau dikendalikan tiga Pegawai Perubatan dan tiga PPP, namun pada hari kejadian hanya seorang Pegawai Perubatan bertugas manakala dua lagi masing-masing menghadiri mesyuarat dan kursus, seorang PPP bertugas, manakala dua lagi masing-masing berkursus dan bercuti, dan ini telah dimaklumkan kepada pengadu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 08 2017
Gambar daripada video yang tular sejak Khamis lalu. - Gambar fail
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
kanak-kanak 8 tahun dikhuatiri lemas, dijumpai
Mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang sebelum ini diikhuatiri lemas selepas dipercayai tergelincir sebelum dibawa ombak ketika bermain dengan keluarga di Pantai Kandis, petang semalam, ditemui jam 11.20 pagi ini.
Mayat Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz ditemui lebih 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
Mayat Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz ditemui lebih 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
Polis buru empat lelaki samun bersenjata api di Bukit Selambau
Polis buru empat lelaki yang disyaki terlibat dalam kejadian samun bersenjata di sebuah premis membeli hasil sawit di Kampung Perak Sungkup, Bukit Selambau.
Terlalu banyak permintaan 'review' produk, ada kala Haziq 'stress' - Ibu
Adik Muhammad Haziq mula menjadi perhatian usahawan-usahawan dan syarikat-syarikat yang memasarkan produk mereka.
"Saya Muhammad Haziq melaporkan dari Bukit Selambau..."
Laporan ular sawa yang 'amat besar' dan 'amat dahsyat' masyhurkan kanak-kanak berusia 12 tahun, Muhammad Haziq Mohd Asyraf dari Bukit Selambau, Kedah.
PRU15: UMNO tuntut kerusi DUN Bukit Selambau
Katanya, MIC sudah tidak berupaya menjanjikan kemenangan buat BN di kerusi berkenaan sejak beberapa penggal.
Penternak lembu ditemukan mati dipercayai ditikam, ditembak
Mangsa berusia 38 tahun dikatakan sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya yang terletak tiga kilometer dari kandang lembu miliknya.
Pecah masuk 10 rumah mewah, lima ahli 'Geng Fizi' ditahan
Geng Fizi akhirnya diberkas selepas aktif melakukan jenayah pecah rumah sejak 14 September lalu.
Mayat lelaki berlumuran darah ditemui di tepi jalan
Pekerja ladang terkejut apabila menemui mayat seorang lelaki dalam keadaan terlentang berlumuran darah.
Tiga suspek pecah rumah ditahan selepas berbalas tembakan dengan polis
Polis memberkas tiga suspek lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes pecah rumah dan curi lembu selepas berlaku kejadian berbalas tembakan di Bukit Selambau, di sini, hari ini.