MALAYSIA
Jabatan Laut siasat kekecohan dalam bot di Pelabuhan Klang

Jabatan Laut Malaysia (JLM) dalam kenyataan memaklumkan jawatankuasa itu juga berperanan menilai sama ada berlaku pelanggaran piawaian keselamatan dalam insiden yang turut tular di media sosial itu.
SHAH ALAM: Sebuah jawatankuasa siasatan ditubuhkan bagi mengenal pasti punca sebenar insiden kekecohan dalam sebuah bot penumpang di Pelabuhan Klang, baru-baru ini.
Jabatan Laut Malaysia (JLM) dalam kenyataan memaklumkan jawatankuasa itu juga berperanan menilai sama ada berlaku pelanggaran piawaian keselamatan dalam insiden yang turut tular di media sosial itu.
Menurut JLM, kekecohan itu dipercayai berlaku sekitar 3.30 petang di Jeti Southport pada 18 Julai lepas ketika bot tersebut dalam perjalanan menuju ke Jeti Pulau Ketam.
"Susulan itu, pemilik bot terbabit telah dipanggil memberikan penjelasan sehari selepas kejadian."Lesen operasi bot penumpang berkenaan digantung serta-merta sementara menunggu hasil siasatan menyeluruh oleh pihak JLM Wilayah Tengah," menurut kenyataan itu.
JLM turut meminta orang ramai agar tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih berhubung insiden itu.
"Orang ramai juga diingatkan agar sentiasa mengutamakan aspek keselamatan ketika menjalankan aktiviti di laut seperti memakai jaket keselamatan, patuh arahan pihak berkuasa serta mengambil maklum ramalan cuaca serta amaran keselamatan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami