Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) sedang menjalankan siasatan terhadap seorang guru di daerah ini didakwa mewujudkan kumpulan WhatsApp dan memuat naik video lucah untuk tatapan anggota kumpulan itu.
Pengarahnya Datuk Jame Alip berkata jabatan tidak akan berkompromi dan tindakan tegas akan diambil terhadap guru itu jika terbukti melakukan perbuatan tidak bermoral itu kerana ia jelas mencemarkan nama baik jabatan dan profesion guru.
"Kami telah mengenal pasti guru terbabit, bagaimanapun perkara itu masih dalam peringkat siasatan.
"Sebagai seorang guru, perbuatan tidak bermoral dan melanggar etika sebagai seorang pendidik tidak sepatutnya berlaku," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas dakwaan itu, semasa melakukan lawatan mengejut di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Juhar di sini, semalam.
Beliau melakukan lawatan mengejut di beberapa sekolah berasrama di daerah ini bagi meninjau tahap kebersihan persekitaran dewan makan, dapur dan makanan disediakan pengendali makanan.
Beliau yang berpuas hati dengan tahap kebersihan di sekolah berkenaan, menasihatkan pengendali makanan asrama sekolah agar mengambil inisiatif menambah stok bahan mentah makanan sekurang-kurangnya untuk tiga hari sebagai persediaan bagi sebarang kemungkinan.
Katanya pengendali makanan asrama perlu sentiasa memastikan aspek kebersihan berada pada tahap terbaik bagi mengelakkan kes keracunan makanan.
Jame mengingatkan bahawa jabatan tidak akan berkompromi dengan pengendali makanan yang mengabaikan aspek kebersihan dan kualiti serta khasiat makanan untuk pelajar.
Bernama
Fri Mar 11 2016
JAME: Jabatan tidak akan berkompromi dan tindakan tegas akan diambil terhadap guru berkenaan jika terbukti melakukan perbuatan tidak bermoral itu. -Gambar fail
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Sudah kahwin, kerja antara faktor calon tidak duduki SPM
Ada pelajar yang sudah bekerja dan sudah berkahwin antara dipercayai faktor seramai 984 calon di Sabah tidak menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2023.
COVID-19: Tiada arahan tutup sekolah di Sabah - Sumber MKN
Sumber MKN memaklumkan bahawa setakat Jumaat (2 Oktober), tiada kenyataan akan dikeluarkan mengenai penutupan sekolah di Negeri Di Bawah Bayu.
Pengetua didakwa hantar mesej seksual kepada pelajar disiasat
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah telah menyiasat dakwaan seorang pengetua sebuah sekolah di sini menghantar mesej berunsur seksual kepada pelajar.
Jerebu: 83 sekolah ditutup di Sabah esok - Jabatan Pendidikan Negeri
Jumlah keseluruhan pelajar yang terjejas bagi kesemua sekolah terlibat adalah 22,782 orang.
Jabatan Pendidikan Sabah siasat guru didakwa muat naik video lucah
Jabatan tidak akan berkompromi dan tindakan tegas akan diambil terhadap guru itu jika terbukti melakukan perbuatan tidak bermoral itu kerana ia jelas mencemarkan nama baik jabatan dan profesion guru.