awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jabatan Penjara rancang pasar produk fabrik ke luar negara

Bernama
Bernama
15/05/2025
14:14 MYT
Jabatan Penjara rancang pasar produk fabrik ke luar negara
Abdul Aziz berkata produk-produk warisan yang dihasilkan banduan itu sangat berkualiti, dan mendapat permintaan di luar negara menerusi pameran dan ekspo. - Bernama
GEORGE TOWN: Jabatan Penjara Malaysia merancang untuk memasarkan produk-produk yang dihasilkan banduan terutama fabrik seperti batik, songket dan tenunan ke pasaran antarabangsa termasuk di Eropah.
Komisioner Jeneral Penjara Datuk Abdul Aziz Abdul Razak berkata produk-produk warisan yang dihasilkan banduan itu sangat berkualiti, dan sebelum ini turut mendapat permintaan di luar negara menerusi pameran dan ekspo yang dijalankan di sana.
"Produk-produk fabrik seperti batik, songket dan tenunan yang dihasilkan banduan atau prospek kita berkualiti serta mendapat permintaan bukan sahaja di dalam dan luar negara. Jadi, kita akan tingkatkan pemasaran di persada dunia. Sebelum ini kita sudah bawa ke beberapa negara luar.
"Kita nak pergi (bawa) ke Eropah dan negara-negara lain. Kami sedang cari ruang dan peluang itu dengan turut mengadakan perbincangan dengan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia untuk memasarkan produk-produk dari penjara yang lebih berkualiti ke persada dunia," katanya semasa berucap pada Majlis Santapan Hi-Tea bersama isteri Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Toh Puan Raja Noora Ashikin Raja Abdullah di sini hari ini.
Pada majlis itu, Toh Puan Raja Noora Ashikin turut diperkenalkan produk-produk fabrik seperti batik, songket dan tenunan hasil tangan prospek serta turut diadakan persembahan fesyen daripada hasil warisan berkenaan.
Abdul Aziz berkata antara produk fabrik yang mendapat permintaan ialah Songket Dua Wajah yang mempunyai dua permukaan reka corak berbeza di depan dan belakang, yang memberi kelebihan kepada pemakai untuk menggayakan songket yang berbeza pada sehelai kain.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#produk warisan
#fabrik
#permintaan
#luar negara
#Jabatan Penjara
#banduan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan