awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jacel Kiram: Tian Chua beri keterangan di Bukit Aman

Bernama
Bernama
04/12/2015
06:50 MYT
Jacel Kiram: Tian Chua beri keterangan di Bukit Aman
Tian Chua berkata beliau memberi sepenuh kerjasama kepada polis bagi menjalankan siasatan. - Gambar fail
Polis hari ini mengambil keterangan daripada Tian Chua berhubung pertemuan kontroversi Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dengan Jacel H. Kiram, anak perempuan bekas ketua pengganas yang menceroboh Lahad Datu, Sabah pada 2013.
Anggota Parlimen Batu itu hadir di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bersama peguamnya, R. Sivarasa serta beberapa penyokong kira-kira pukul 11.30 pagi untuk memberi keterangan berhubung perkara itu.
Bercakap kepada pemberita kemudian, Tian Chua berkata beliau memberi sepenuh kerjasama kepada polis bagi menjalankan siasatan.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/Perundangan) Bukit Aman Datuk Amar Singh Ishar Singh ketika dihubungi mengesahkan pihaknya telah mengambil keterangan daripada Tian Chua.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 124L Kanun Keseksaan kerana cubaan sabotaj," katanya.
Jacel memuat naik empat keping gambar pertemuan 9 Nov itu dalam akaun Facebooknya, sekali gus mengundang kemarahan pelbagai pihak di negara ini.
Perbuatan itu menimbulkan kemarahan rakyat Sabah dan keluarga mangsa yang terkorban di Lahad Datu sehingga persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah pada 26 Nov lepas meluluskan usul menghalang beliau serta Nurul Izzah daripada memasuki negeri itu.
Topic Berkaitan
#IPD Bukit Aman
#jacel H.Kiram
#Nurul Izzah Anwar
#Tian Chua
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan