MUAR: Wira negara yang terkorban ketika berkhidmat termasuklah 25 petugas keselamatan dalam tragedi di Bukit Kepong di sini perlu dijadikan pembakar semangat kepada pegawai dan anggota polis generasi baharu.
Ketua Polis Johor CP M Kumar berkata pengorbanan wira negara itu juga harus dijadikan pembakar semangat bagi rakyat negara ini dalam mempertahankan tanah air daripada pengkhianat.
"Insiden itu tidak boleh dijadikan sebagai ratapan kesedihan, sebaliknya menjadi satu perjuangan syahid yang sentiasa dicemburui.
"Peristiwa pada 23 Feb 1950 itu juga mencerminkan pengorbanan masyarakat setempat dalam bersama menjaga kedaulatan negara," katanya ketika berucap pada Majlis Memperingati Peristiwa Bukit Kepong Sempena Sambutan Hari Polis Ke-217 di Galeri Darurat Bukit Kepong di sini hari ini.
Pada majlis itu, sumbangan penghargaan turut disampaikan kepada waris-waris 11 pejuang negara yang terkorban semasa serangan di Bukit Kepong.
Untuk rekod, pada pukul 5 pagi, 23 Feb 1950, seramai 180 komunis menyerang Balai Polis Bukit Kepong sehingga mengorbankan 25 orang termasuk 14 anggota polis, empat pegawal kampung dan tiga polis bantuan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 23 2024
CP M Kumar berkata pengorbanan wira negara itu juga harus dijadikan pembakar semangat bagi rakyat negara ini dalam mempertahankan tanah air daripada pengkhianat. - Gambar FB Polis Johor
Biden bincang dengan pemimpin Qatar, Mesir cadangan gencatan senjata Gaza
Biden mengesahkan AS bersama-sama Mesir dan Qatar akan berusaha untuk memastikan pelaksanaan penuh syarat-syaratnya.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, teruskan kenaikan
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.89 mata kepada 1,585.55 daripada 1,582.66 ketika ditutup pada Isnin.
Apple Pencil baharu hadir dengan sistem haptik
Apabila digunakan pada skrin iPad, pengguna boleh merasakan tindak balas haptik seakan menggunakan pensel sebenar.
[TERKINI] KPM giat laksana pelbagai inisiatif bagi reformasi pendidikan negara
KPM berkata, Laporan Bank Dunia bertajuk 'Bending Bamboo Shoots: Strengthening Foundation Skills' berkenaan sistem pendidikan negara diambil perhatian.
Tentera AS edar gambar jeti maritim Gaza siap dibina
Beberapa gambar pembinaan jeti maritim oleh tentera Amerika Syarikat (AS) di Gaza untuk menghantar bantuan kemanusiaan telah diedarkan Komando Pusat AS pada Isnin.
Pesara tentera maut dilanggar lori menggelongsor
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menyalurkan maklumat berkenaan kepada pegawai penyiasat kes.
Kenaikan cukai perkhidmatan 8% beri kesan kos operasi, unjuran pendapatan Nestle Malaysia dikurangkan
Perbelanjaan operasi bagi 2024 juga diramal bertambah lagi susulan rasionalisasi bahan api yang berkemungkinan dilaksanakan.
Dua sahabat maut dilanggar bas
Mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
25 terbunuh bas terjunam gaung di utara Peru
Bas antara negeri itu membawa 50 penumpang apabila insiden itu berlaku kira-kira 10.10 malam waktu tempatan.
Jepun, Uzbekistan berentap final Piala Asia B-23
Pasukan yang kalah dalam penentuan tempat ketiga itu akan menentang Guinea yang berada pada kedudukan keempat.
Amalan pemakanan tidak sihat, kurang aktiviti fizikal punca utama obesiti - Dr Dzulkefly
Amalan pemakanan yang tidak sihat dan kurang aktiviti fizikal merupakan komponen utama yang menyumbang kepada masalah obesiti, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Jadikan wira negara terkorban pembakar semangat - Ketua Polis Johor
Ketua Polis Johor CP M Kumar berkata pengorbanan wira negara itu juga harus dijadikan pembakar semangat bagi rakyat negara ini dalam mempertahankan tanah air daripada pengkhianat.
19 maut tembakan rambang di dua bar
Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh dalam dua insiden tembakan rambang di Afrika Selatan.
Olimpik Tokyo: 17 kes baharu COVID-19 dilapor dalam kalangan atlet, petugas
Sejak awal bulan ini, 123 kes COVID-19 melibatkan para atlet dan penganjur temasya tersebut dilaporkan.
Kondominium runtuh: Korban meningkat kepada 90 orang, 31 masih hilang
Puluhan mangsa berjaya ditemukan selepas petugas berjaya mengalihkan blok runtuhan yang besar di kawasan itu.
Sultan Perak lulus RM14.6 juta bantu rakyat terkesan PKP 3.0
Dana khas itu bertujuan membantu mereka yang terjejas, susulan sekatan yang dikenakan di bawah PKP 3.0.
Segera vaksin pekerja pembersihan, petugas keselamatan - Lim Lip Eng
Desakan untuk golongan berkenaan dikategorikan sebagai golongan barisan hadapan sudah dibangkitkan sejak awal pandemik lagi.