awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angka korban nahas kereta api Sepanyol meningkat kepada 46 orang
Serangan ke atas anak Rafizi: Hanya polis boleh tentukan NFA atau tidak - Saifuddin
Afrika Selatan isytihar Kuasa Usaha Israel sebagai ‘persona non grata’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JAIS nafi beri kebenaran penganjuran program motivasi rumah tangga tidak bermoral pada 2022

Bernama
Bernama
21/07/2025
10:01 MYT
JAIS nafi beri kebenaran penganjuran program motivasi rumah tangga tidak bermoral pada 2022
Mohd Shahzihan menafikan JAIS pernah memberi kebenaran kepada penganjur sebuah program motivasi rumah tangga yang didakwa mempunyai pengisian tidak bermoral. - Gambar fail
SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menafikan pernah memberi kebenaran kepada penganjur sebuah program motivasi rumah tangga yang didakwa mempunyai pengisian tidak bermoral pada sebuah program lain, tiga tahun lepas.

Ringkasan AI
  • JAIS menafikan pernah beri kebenaran rasmi kepada penganjur program motivasi rumah tangga yang didakwa melanggar hukum syarak pada program lain tiga tahun lalu.
  • Panel JAIS telah menegur kandungan video yang menyentuh kaedah kepuasan diri wanita, dan menyarankan ia dipinda serta dinyatakan dengan penafian bahawa ia hanya untuk suami isteri.
  • JAIS tegaskan penafian panel tidak bermaksud keseluruhan modul program adalah dibenarkan, kerana pihak penganjur tidak pernah merujuk sepenuhnya isi kandungan selepas sesi penjelasan.

Pengarahnya Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata pada 15 Nov 2022, Panel Sesi Penjelasan dilantik JAIS telah mendapatkan penjelasan daripada penganjur program itu susulan aduan diterima daripada peserta program mendakwa terdapat aktiviti melanggar hukum syarak.
Beliau berkata pada sesi penjelasan itu, panel terbabit telah menerima video digunakan penganjur, yang mengandungi kaedah kepuasan sendiri bagi wanita, bagi tujuan merapatkan hubungan suami isteri.
Susulan itu, panel memberi pandangan bahawa beberapa aspek dan pendekatan program perlu dipinda atau dibuang mengikut mana-mana yang bercanggah hukum syarak, dengan syarikat perlu sentiasa merujuk pihak berautoriti agama atau pakar bagi memastikan pematuhan hukum syarak dalam keseluruhan program.
"Penganjur juga diminta meletakkan disclaimer (penafian) menyatakan video tersebut (yang diarahkan dipinda oleh panel) adalah untuk kegunaan suami isteri sahaja. Nasihat itu diberikan kepada penganjur sebagai langkah bagi mengekang apa-apa tindakan melanggar hukum syarak dalam rakaman video yang digunakan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Shahzihan berkata JAIS menafikan disclaimer disarankan panel bermaksud keseluruhan modul atau aktiviti program dibenarkan, kerana syarikat terbabit tidak pernah merujuk keseluruhan modul program berkaitan kepada JAIS selepas teguran dan syor dibuat sehingga hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JAIS
#pengisian tidak bermoral
#program motivasi rumah tangga
#suami isteri
#Mohd Shahzihan Ahmad
#Islam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan