SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak akan menghalang mana-mana individu untuk menghadiri program Bon Odori, yang dijadual pada 16 Julai depan di Kompleks Sukan Negara Shah Alam (Panasonic), kata Pengarahnya Datuk Mohd Shahzihan Ahmad.
Mohd Shahzihan menerusi kenyataan hari ini berkata penetapan itu dibuat, susulan titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang tidak berkenan apa-apa keputusan mengenai perkara itu, disimpulkan dengan tergesa-gesa tanpa kajian dan penelitian yang mendalam.
"Baginda berpendirian, banyak budaya mempunyai kaitan dengan agama, tetapi tidak semestinya agama ada di dalam budaya. Baginda juga bertegas bahawa mengamalkan sesuatu perkara adalah berbeza dengan perbuatan melihat.
"Baginda juga tidak bimbang, jika akidah umat Islam kuat dan benar, ia akan mengenepikan sebarang iktikad dan amalan yang bertentangan dengan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah," katanya.
Beliau berkata baginda turut menitahkan semua perkara yang diputuskan dibuat dengan adil dan saksama, ditambah dengan kehidupan bermasyarakat dan kepercayaan yang pelbagai di Selangor khususnya.
BACA: Umat Islam dinasihat tidak sertai Festival Bon Odori
BACA: Kerajaan Selangor rujuk status Bon Odori
"Sehubungan dengan itu, baginda telah menitahkan pegawai JAIS dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk hadir ke majlis tersebut, bagi melihat sendiri apa yang berlaku di dalam program tersebut.
"Baginda sendiri pernah hadir ke majlis tersebut beberapa tahun lalu dan tidak melihat sebarang perkara yang boleh merosakkan akidah umat Islam, melainkan ia satu program sosial pekerja-pekerja industri milik syarikat Jepun yang banyak di Selangor," katanya.
Sementara itu persatuan almuni bekas pelajar Malaysia ke Jepun di bawah program Dasar Pandang ke Timur (ALEPS) menyatakan pesta Bon Odori merupakan aktiviti mempromosikan budaya Jepun ke Malaysia dan tidak mempunyai sebarang unsur keagamaan Buddha Jepun.
Presidennya Zulfiqat Zainuddin berkata ALEPS membantu penganjur utama iaitu Japan Club Kuala Lumpur (JCKL) bagi mempromosikan acara tersebut kepada orang ramai di negara ini.
"Daripada pandangan dan penjelasan dari Kedutaan Jepun serta penganjur utama itu, kami menggunakan pesta Bon Odori sebagai platform serta pengenalan budaya Jepun ke Malaysia," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.
Zulfiqat juga berkata ALEPS telah mendapat penjelasan mengenai pesta tersebut daripada JCKL dan Kedutaan Jepun.
"Malaysia sudah mengadakan Pesta Bon Odori lebih 40 tahun. Mungkin penerangan yang lebih jelas perlu diadakan untuk memahami mengapa isu ini dibangkitkan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 08 2022
JAIS tidak akan menghalang mana-mana individu untuk menghadiri program Bon Odori, yang dijadual pada 16 Julai depan di Kompleks Sukan Negara Shah Alam (Panasonic), kata Pengarahnya Datuk Mohd Shahzihan Ahmad. - Gambar fail/Sinar Harian
Kes demam denggi turun, satu lagi kematian dilaporkan
Jumlah kes demam denggi menurun kepada 1,698 kes pada Minggu Epidemiologi ke-15 (ME15) iaitu dari 7 April hingga 13 April lepas berbanding 2,487 kes pada minggu sebelumnya.
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Dr. Noor Nirwandy Mat Noordin, Felo Operasi Psikologi Pusat Pengajian Perang Saraf Media & Informasi Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM).
Letusan Gunung Semeru: Penduduk dipindahkan akibat banjir lahar sejuk
Sekurang-kurangnya 32 keluarga di Lumajang, Jawa Timur dipindahkan secara sukarela ke kawasan lebih selamat susulan limpahan banjir lahar sejuk yang dicetuskan Gunung Semeru pada Khamis.
Bapa didakwa bunuh bayi enam bulan
Isteri tertuduh yang berada di galeri awam menangis sebaik pertuduhan terhadap suaminya, dibacakan.
Pelancong dari China, India meningkat 78.2 peratus berikutan pelan liberalisasi visa
Pelan liberalisasi visa telah merancakkan kemasukan pelancong ke dalam negara khususnya dari China dan India dengan peningkatan sebanyak 78.2 peratus dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.
AWANI Ringkas: Delegasi ke Gaza jalani latihan antikeganasan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia dibuka meningkat, pelabur tumpu saham dengan rizab tunai tinggi
Pada 9.22 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 4.86 mata kepada 1,549.62 daripada penutupan Khamis iaitu 1,544.76.
[LAPOR LANGSUNG] Perang Iran-Israel: Peluru berpandu Zionis bedil Isfahan
Letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isfahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
"Itu fake news, saya tidak tahu siapa reka cerita" - Angeline Tan jawab dakwaan hamil
Kata Angeline, pada usia begini, dia dan suami mahu hidup tenang serta memadai timang cucu sahaja.
Polis buru suspek pecah rumah sebabkan kerugian kira-kira RM5,000
Polis berjaya mendapat kesan cap jari dipercayai milik suspek.
Butik TAPAi ketengah produk batik sentuhan OKU
Butik TAPAi, di Wakaf Tapai di sini membuka peluang kepada tujuh pekerja Orang Kurang Upaya (OKU) untuk mengasah bakat mereka dalam menghasilkan produk batik.
JAIS tidak pernah keluar arahan halang sekolah baca qunut nazilah
JAIS juga tidak menerima apa-apa arahan daripada Kementerian Pendidikan berkenaan larangan membaca qunut nazilah.
Isu Palestin: JAIS seru masjid, surau anjur solat hajat, Qunut Nazilah
Ia bagi mengharapkan bantuan Allah agar rakyat Palestin diberi kekuatan dan keyakinan untuk terus mempertahankan kedaulatan Baitulmuqaddis.
Proses pemutihan tahfiz bukti isu keselamatan tidak boleh dikompromi
Ibu bapa juga diingatkan tidak merisikokan nyawa anak-anak mereka dengan menyemak terlebih dahulu pusat tahfiz.
Wujudkan garis panduan jemputan pelajar tahfiz ke program luar - PITAS
PITAS bercadang bekerjasama dengan JAIS bagi mewujudkan garis panduan khusus untuk menguruskan jemputan pelajar tahfiz ke program luar.
Mahkamah benar rayuan JAIS, penahanan 'Rasul Melayu' sah
Panel tiga hakim yang diketuai Datuk Azizah Nawawi, dalam keputusan sebulat suara membenarkan rayuan JAIS, mendapati Seksyen 23 Enakmen Tatacara Jenayah itu adalah tidak batal.
Dakwaan ceramah politik di masjid, Fahmi sedia beri kerjasama kepada JAIS
Beliau mendakwa dijemput ahli jawatankuasa masjid berkenaan untuk menjelaskan mengenai punca pengharaman kumpulan muzik The 1975 dan pembatalan konsert Good Vibes Festival.
PRN: JAIS siasat laporan Fahmi Fadzil berucap di masjid
JAIS mengesahkan menerima aduan berhubung gambar Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berucap di ruang solat utama Masjid Nurul Yaqin, Kampung Melayu Seri Kundang, Rawang pada Ahad.
Masih ada pihak pentadbir ambil ringan, larangan berpolitik di masjid dan surau - JAIS
Perbuatan itu melanggar ketetapan MAIS bagi mengekalkan masjid dan surau sebagai zon bebas daripada sebarang pengaruh politik.
Garis panduan bantu lancarkan proses pendaftaran sekolah agama persendirian - Mohd Zawawi
Kerajaan Negeri Selangor akan mewujudkan satu garis panduan bagi melancarkan proses pendaftaran sekolah agama persendirian di negeri ini yang berdepan beberapa kekangan.