awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JAIS tubuh pasukan khas, siasat ajaran sesat di Selangor - Exco

Bernama
Bernama
13/09/2024
10:00 MYT
JAIS tubuh pasukan khas, siasat ajaran sesat di Selangor - Exco
Mohammad Fahmi berkata penubuhan pasukan khas itu susulan pendedahan polis berhubung sebuah syarikat tempatan yang dipercayai mengeksploitasi kanak-kanak dan agama. - Foto Bernama
SHAH ALAM: Pasukan siasatan khas Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan berhubung sekolah agama dan pusat pengajian agama di negeri ini yang terlibat dengan penyebaran ajaran sesat.
Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Selangor Dr Mohammad Fahmi Ngah berkata penubuhan pasukan khas yang dipengerusikan Pengarah JAIS Datuk Mohd Shahzihan Ahmad itu susulan pendedahan polis berhubung sebuah syarikat tempatan yang dipercayai mengeksploitasi kanak-kanak dan agama.
Beliau berkata kerajaan negeri tidak teragak-agak untuk menarik lesen operasi dan mengenakan tindakan tegas kepada mana-mana pusat tahfiz atau sekolah agama yang didapati terlibat dengan unsur-unsur kesesatan demi menjamin keselamatan pelajar.
"Pihak JAIS telah diarahkan dan sedang menjalankan pemantauan rapat, semakan dan saringan ke atas pusat tahfiz serta sekolah agama di negeri ini yang berdaftar dan belum berdaftar dengan JAIS.
"Kerajaan Selangor komited dalam memastikan keselamatan pusat tahfiz dan sekolah agama berkenaan daripada menjadi pusat eksploitasi kanak-kanak serta sebaran ajaran yang bercanggah dengan agama Islam," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau dalam kenyataan sama menyeru orang awam yang mempunyai maklumat berkenaan sekolah agama atau pusat tahfiz yang mengamalkan perkara yang bercanggah dengan ajaran Islam untuk melaporkan terus kepada JAIS.
Rabu lepas, polis menerusi Op Global berjaya menyelamatkan 402 kanak-kanak daripada 20 rumah amal yang mempunyai kaitan dengan syarikat berkenaan di sekitar Selangor dan Negeri Sembilan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JAIS
#ajaran sesat
#eksploitasi kanak-kanak
#Exco Selangor
#pasukan siasatan khas
#Mohammad Fahmi Ngah
#GISB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan