KUALA LUMPUR: Pensijilan halal Malaysia harus memenuhi permintaan yang dinamik dan piawaian kawal selia sehingga peringkat antarabangsa.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata perkara itu antara strategi yang digariskan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi memastikan evolusi pensijilan halal Malaysia sentiasa dinamik, relevan serta cekap dalam mendepani cabaran dan permintaan pada masa depan.
Beliau berkata Jakim juga akan memastikan penyeragaman piawaian halal merentasi negara dan industri serta ketelusan dan kebolehkesanan menggunakan teknologi seperti rantaian blok untuk memantau keseluruhan rantaian bekalan dan mendidik pelanggan tentang status halal sesuatu barangan.
"Integrasi teknologi juga perlu dilakukan bagi menyelaras proses pensijilan untuk mengemukakan permohonan, memantau pemeriksaan dan berkomunikasi dengan badan pensijilan halal.
"Selain itu, kami juga melakukan penyelidikan dan inovasi untuk membantu menangani cabaran dan memanfaatkan peluang yang muncul dalam pensijilan halal serta memenuhi keperluan industri yang pelbagai, termasuk kosmetik, farmaseutikal dan peranti perubatan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan aluan pada majlis perasmian Halal Global Summit (GHaS) 2023 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini hari ini.
Majlis itu dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Dalam pada itu, Na'im berkata Jakim telah melaksanakan Inisiatif Segera Pensijilan Halal Malaysia 2.0 dalam penambahbaikan proses pengeluaran Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang menyaksikan pengeluaran bagi permohonan domestik diselesaikan dalam tempoh lebih cepat tanpa mengetepikan aspek integriti dan pematuhan syariah berdasarkan piawaian dan prosedur pensijilan ditetapkan.
"Inisiatif penambahbaikan ini telah berjaya mempercepat proses pengeluaran pensijilan halal Malaysia yang boleh diselesaikan dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima bagi permohonan domestik, berbanding seperti yang diamalkan sebelum ini iaitu 30 hari bekerja dari tarikh bayaran fi pensijilan.
"Permohonan pengilangan luar negara pula hanya mengambil masa kurang dari tiga bulan," katanya.
Bertemakan Integriti, Kemampanan dan Ketahanan, GHaS 2023 yang dianjurkan seiring aspirasi kerajaan dalam meletakkan Malaysia sebagai peneraju halal global, bermula semalam dan akan berakhir pada 15 Sept ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 12 2023
Mohd Na'im berkata, Jakim juga akan pastikan penyeragaman piawaian halal merentasi negara dan industri serta ketelusan dan kebolehkesanan menggunakan teknologi. - Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Kerajaan komited bantu mudahkan usahawan dapat sijil halal - Zulkifli
Pensijilan itu akan memberikan nilai tambah kepada perniagaan mereka selain meningkatkan kualiti dan diberkati sekali gus memperkasakan industri halal negara.
Kerajaan tidak pernah buat keputusan wajibkan sijil halal - Ahmad Zahid
Keputusan hasil kajian berhubung isu sijil halal ini hanya akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet Rabu ini.
Pertimbang sijil halal di premis makanan ‘mesra Islam’ - MIC
Vigneswaran berkata sekatan itu hanya akan membawa kesan domino kepada asas perpaduan masyarakat majmuk di Malaysia.
Saya tidak takut, kita jumpa di mahkamah - Akmal Saleh
Menurut Muhamad Akmal, beliau bersedia untuk berhadapan dengan tindakan saman oleh Teresa yang juga Ahli Parlimen Seputeh itu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 10 September 2024.
Isu sijil halal: 'Saya tak pernah persoal peranan Jakim, sijil halal' - Teresa Kok
Teresa Kok menjelaskan beliau tidak pernah mempersoalkan peranan Jakim termasuk langkah pematuhan sijil halal.
Sijil halal: Komen Teresa pendapat peribadi - Mat Sabu
Mohamad menganggap komen berkenaan pensijilan halal oleh Teresa Kok yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini sebagai "pendapat peribadi".
Isu sijil halal: Bincang dalam mesyuarat, tidak perlu timbul kontroversi - PM Anwar
Anwar berkata perkara yang menyentuh sensitiviti agama dan kaum tidak perlu dijadikan isu sehingga menimbulkan kontroversi.
Daftar sijil halal, manfaatkan potensi besar industri halal di Sabah - Ewon
Sabah memiliki potensi yang besar dalam industri halal berdasarkan sumber bahan mentah dan barangan separa siap yang banyak.
Lagi kilang biskut di Taiping diserbu KPDN, guna logo halal tidak sah
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak melakukan serbuan terhadap sebuah kilang biskut di Taiping yang menggunakan sijil halal tamat tempoh, semalam.