Kelulusan mendapatkan sijil halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) perlu dipermudahkan kepada pengusaha beragama Islam yang juga mempunyai pekerja yang beragama Islam.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap Jakim melihat perkara ini secara serius kerana masih ramai usahawan kecil dan mikro khususnya bumiputera Melayu tidak mampu memenuhi kesemua kriteria yang ditetapkan oleh jabatan itu.
"Kita memahami Jakim sememangnya mempunyai peraturan ketat dalam prosedur pemberian sijil halal kepada pengusaha.
"Tetapi kebanyakan usahawan Melayu ini mempunyai modal yang terhad dan jika mereka perlu membuat sebarang perubahan atau tambahan, ini menyukarkan mereka memenuhi syarat yang ditetapkan," kata Ismail Sabri dalam satu sidang media selepas melancarkan Halal Fiesta Malaysia (HalFest) 2016 di Seri Kembangan pada Khamis.
Katanya lagi, bagi usahawan yang beragama Islam, sudah tentu 'halal' adalah keutamaan bagi mereka.
"Mereka tentu akan keluarkan produk yang pastinya halal. Saya mohon Jakim mempertimbangkan cadangan ini kerana usahawan Islam ini akan menjalankan perniagaan berdasarkan agama mereka," kata Ismail Sabri.
Tahap kesediaan
Sementara itu, Pengarah Bahagian Halal Jakim, Dr. Sirajuddin Suhaimee berkata antara punca kegagalan pengusaha yang gagal mendapat sijil adalah tahap kesediaan mereka yang masih rendah.
Jelasnya pihak Jakim bertanggung jawab untuk memastikan kehalalan, kebersihan, kualiti dan keselamatan makanan sebelum mengeluarkan sijil halal kepada pengusaha.
Dr. Sirajuddin turut menolak dakwaan yuran permohonan sijil halal yang dikatakan tinggi terutama bagi pengusaha kecil dan mikro.
"Yuran sijil halal setakat ini masih RM200 untuk dua tahun bagi usahawan mikro. Jika ada yang kata yuran itu sehingga RM8,000, itu tidak benar, itu mungkin yuran yang dikenakan jika pengusaha menggunakan konsultasi pihak ketiga," kata Dr. Sirajuddin ketika ditemui pada acara Halfest 2016.
Kata Dr. Sirajuddin pihak Jakim sentiasa mengadakan program kesedaran dan pendekatan ke atas pengusaha Islam untuk mengalakkan mereka memohon sijil halal.
Tambahnya, sebelum ini persepsi orang ramai yang melihat peniaga Islam tidak perlu ada sijil halal perlu berubah kerana ia bukan menyentuh aspek halal dan kebersihan tetapi sebagai elemen utama pengusaha untuk pemasaran dan memasuki pasar raya dan juga mengeksport.
Dania Zainuddin
Thu Sep 01 2016

ISMAIL: Kebanyakan usahawan Melayu ini mempunyai modal yang terhad.

KESUMA berusaha pastikan RUU wajibkan pekerja gig mencarum dilulus segera - Sim
Kementerian Sumber Manusia akan berusaha memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig dilulus dan dilaksanakan secepat mungkin.
Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lebih lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kes Zayn Rayyan: Pegawai penyiasat nafi diberi tekanan semasa siasatan
Seorang saksi pendakwaan kelima iaitu pegawai penyiasat kes kematian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, menafikan beliau menerima tekanan daripada pihak atasan.

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.
Astro semarakkan Syawal dengan hiburan ‘Meriah Lain Macam’
Menyambut keistimewaan Syawal dengan caranya tersendiri, peneraju industri hiburan di Malaysia, Astro membawa kemeriahan tahun ini dengan sajian istimewa, menawarkan lebih daripada 160 kandungan Raya yang telah dirancang khas untuk seisi keluarga. Dari kandungan televisyen, sehingga ke platform digital dan radio, setiap satu dicipta dengan teliti untuk memeriahkan sambutan Aidilfitri dengan pelbagai warna. Semua kandungan istimewa ini boleh dinikmati tanpa henti secara on-the-go, bermula malam raya di Astro.

PRK Pelangai: Siapa pun calon, dia wakili parti - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, tidak sepatutnya timbul isu berhubung siapa yang dipilih bertanding kerana pada akhirnya, calon itu akan tetap membawa nama dan imej parti.

Pinda Akta DBP, beri kuasa ambil tindakan salah guna bahasa Melayu - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, perkara itu merupakan sebahagian daripada usaha semasa pentadbirannya, namun tidak sempat dilaksanakan disebabkan pertukaran Kerajaan.

Tidak bersara, Ismail Sabri akan terus aktif politik walaupun bukan lagi Naib Presiden
Ismail Sabri berkata beliau juga akan kekal menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua UMNO Bahagian Bera selepas menang tanpa bertanding.

Kerajaan 'caretaker' bersidang seperti biasa, bentang bajet mini untuk gaji penjawat awam
Kerajaan semasa akan kekal sebagai kerajaan caretaker sekiranya tiada mana-mana parti membentuk kerajaan dalam masa terdekat ini.

Pasca PRU15: 'BN tak sokong mana-mana gabungan bentuk kerajaan' - Ismail Sabri
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.

PRU15: Ismail Sabri tiba di Istana Negara
Tujuan sesi menghadap antara Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong berkenaan masih menjadi tanda tanya.

MH17: Malaysia berpuas hati dan sokong keputusan Mahkamah The Hague - PM
Malaysia sentiasa berpendirian bahawa perbicaraan yang dijalankan mesti berlandaskan kebenaran, keadilan dan tanggungjawab.

PRU15: 'Deklarasi Profesor Melayu G70 sokong Anwar' tidak wakili MPN - Ismail Sabri
Perkara itu dimaklumkan Presiden MPN sendiri, Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose ketika dihubunginya pada Rabu.

Banjir: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri seluruh negara telah diaktifkan - PM
Ismail Sabri berkata, fokus gerak kerja di peringkat negeri dan daerah telah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

PRU15: 'Saya masih calon PM untuk BN, tiada perubahan' - Ismail Sabri
Jelas Ismail Sabri, tiada perubahan mengenai keputusan yang telah dibuat BN sebelum ini.