Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Negeri (Jain) tidak pernah melantik atau mengiktiraf mana-mana pihak ketiga untuk menjalankan aktiviti pensijilan halal serta konsultasi pensijilan halal.
Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, Hakimah Mohd Yusoff berkata sebarang permohonan sijil halal sama ada untuk produk atau premis perniagaan mesti dibuat oleh peniaga sendiri dan hanya Jakim layak mengeluarkan sijil itu.
"Kita dapati ada pihak yang mendekati peniaga atau syarikat dan mengaku sebagai pihak ketiga yang dilantik Jakim atau Jain, dan ini tidak betul.
Perlu diingat setiap pemohon bagi sijil halal mesti datang sendiri ke pejabat Jakim atau Jain. Jangan percaya pihak ketiga yang mungkin menipu termasuk dari segi bayaran permohanan," katanya kepada Bernama.
Hakimah berkata pihak tidak bertanggungjawab itu antara lain memperdaya peniaga dan syarikat dengan menyatakan kononnya bayaran permohonan sijil halal Jakim atau Jain mahal berbanding kadar yang dikenakan mereka.
Hakimah berkata bayaran yang dikenakan untuk kategori produk ialah RM200 bagi industri kecil, RM800 bagi perusahaan kecil dan sederhana, dan RM1,400 bagi syarikat multinasional.
"Ini tidak mahal sebab pemohon boleh kemukakan seberapa banyak produk yang mereka mahu pengesahan halal dalam setiap permohonan," katanya.
Bayaran RM200 pula dikenakan bagi permohonan dari premis makanan atau restoran.
Bagaimanapun, Hakimah berkata sijil halal yang dikeluarkan adalah sah untuk tempoh dua tahun tetapi tiada pemulangan bayaran dibuat kepada mana-mana peniaga atau syarikat yang gagal dalam permohonan mereka.
Dalam pada itu, Hakimah berkata adalah menjadi satu kesalahan untuk peniaga atau syarikat membuat iklan memaklumkan mereka sedang dalam proses memohon pensijilan halal Malaysia.
Hakimah berkata tindakan itu salah mengikut Akta Perihal Dagangan 2011 (Akta 730) kerana ia mengelirukan pengguna.
Kes seumpama itu akan diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk siasatan serta tindakan memandangkan Akta 730 terletak di bawah bidang kuasa kementerian berkenaan.
Ketua Setiausaha KPDNKK Datuk Seri Alias Ahmad berkata individu yang disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM100,000 atau dipenjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, manakala penalti untuk pertubuhan dan perbadanan ialah denda sehingga RM250,000.
Belum ada mana-mana individu atau syarikat setakat ini dikenakan tindakan berhubung iklan seperti itu, katanya sambil menambah pihaknya menerima kira-kira 12,000 aduan berkaitan salah laku iklan setiap tahun.
Bernama
Tue Jul 29 2014
Kira-kira 12,000 aduan berkaitan salah laku iklan diterima setiap tahun.
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
TPM Zahid sasar tingkatkan hubungan Malaysia-Filipina melalui industri TVET dan Halal
Eksport halal Malaysia ke Filipina meningkat 7.4 peratus pada 2023, menjadikan negara itu destinasi eksport halal Malaysia ke-8 terbesar dunia.
Perak teroka pasaran halal global - Menteri Besar
Perjanjian dimeterai antara Leiner Gelatine dan Ladang Lekir dalam usaha menjadikan Perak pemain utama pengeluaran produk halal.
Malaysia terus terima permohonan kerjasama sektor halal - PM Anwar
Bukan sahaja permintaan keperluan malah Malaysia terus menerima permohonan kerjasama dalam hal pensijilan perdagangan sektor halal.
Status halal tidak lagi sekadar merujuk tiada babi, alkohol - PM Anwar
Status halal kini tidak lagi sekadar merujuk kepada makanan atau minuman yang tidak mengandungi babi atau alkohol.
Sijil halal: Keputusan kajian tertakluk pada Majlis Raja-Raja - Ahmad Zahid
Tegasnya, isu berkenaan tidak wajar dijadikan polemik kerana ia masih di peringkat kajian dan belum menjadi dasar yang tetap.
Kos sijil halal tidak tinggi, serendah RM100 setahun bagi perniagaan kecil - HDC
Ketua Perundingan Halal, HDC Berhad, Dhaliff G. Anuar berkata yuran untuk mendapatkan sijil halal adalah serendah RM100 sahaja bagi perniagaan kecil.
Peru mohon sijil halal dari Malaysia untuk eksport produk makanan
Peru berhasrat menjadi pengeksport produk makanan halal selepas memperoleh sijil halal Malaysia tahun ini.
Status daging kultur: MKI akan bincang dengan IIFA
MKI akan mengeluarkan fatwa berhubung status daging kultur selepas mengadakan perbincangan dengan Akademi Fiqh Islami Antarabangsa (IIFA).
Malaysia atasi Arab Saudi, Indonesia, UAE raih kedudukan teratas GIEI 10 tahun berturut-turut
Malaysia atasi Arab Saudi, Indonesia dan UAE raih kedudukan teratas Petunjuk Ekonomi Islam Global tahun ke-10 berturut-turut
Malaysia raih kedudukan teratas dalam GIEI untuk tahun ke-10 berturut-turut - HDC
Malaysia sekali lagi memperoleh kedudukan teratas dalam Petunjuk Ekonomi Islam Global (GIEI) untuk tahun ke-10 berturut-turut, menurut Halal Development Corporation Bhd (HDC).