awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
15 maut, lebih 80 cedera dalam letupan di masjid Islamabad ketika solat Jumaat
Op PeWA: Rohingya, Indonesia antara warga asing paling ramai dikenakan tindakan JPJ
SPRM tahan Pengerusi IJM Corp, bantu siasatan tadbir urus, aset luar negara RM2.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JAKIM tidak terima laporan mengenai 'Projek Cinta' - Mohd Na'im

Bernama
Bernama
15/06/2023
13:24 MYT
JAKIM tidak terima laporan mengenai 'Projek Cinta' - Mohd Na'im
Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata kerajaan tidak akan berkompromi dengan sebarang usaha yang boleh mencetuskan fitnah, permusuhan dan suasana tidak harmoni dalam kalangan penganut agama di Malaysia. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tidak menerima laporan mengenai dakwaan terdapat usaha sulit menukar agama golongan tertentu di negara ini yang dikenali sebagai 'Projek Cinta'.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata kerajaan tidak akan berkompromi dengan sebarang usaha yang boleh mencetuskan fitnah, permusuhan dan suasana tidak harmoni dalam kalangan penganut agama di Malaysia.
"Dalam Islam, sebarang paksaan terhadap orang bukan Islam untuk memeluk agama Islam adalah tidak dibenarkan sebagaimana yang dinyatakan dalam al-Quran," katanya menerusi jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen hari ini.
Beliau menjawab soalan Datuk Seri Wilfred Madius Tangau (PH-Tuaran) mengenai kebenaran pendedahan Mariam Mokthar baru-baru ini mengenai kewujudan usaha sulit menukar agama tertentu di Malaysia yang dijenamakan sebagai 'Projek Cinta' dan pendirian kerajaan tentang usaha tersebut.
Mohd Na'im menegaskan kebebasan beragama adalah dijamin seperti termaktub dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa setiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya.
Namun, katanya Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan pula memperuntukkan bahawa agama Islam adalah agama Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dalam keadaan aman dan harmoni di Malaysia.
Tular video di media sosial yang mendakwa satu jabatan kerajaan menyasarkan masyarakat pelbagai peringkat termasuk pelajar sekolah dan Orang Asli untuk menukar agama mereka kepada Islam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JAKIM
#Projek Cinta
#Mohd Na'im Mokhtar
#usaha sulit menukar agama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan