SEREMBAN: Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Negeri Sembilan bersama Pusat Kesihatan Daerah (PKD) terus bergerak aktif bagi memastikan lebih ramai masyarakat Orang Asli di sini divaksin melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.
Pengarah Jakoa Negeri Sembilan dan Melaka, Shahrani Idderis berkata pelbagai inisiatif dilakukan termasuk kunjungan pegawai agensi itu ke kampung Orang Asli setiap hari atau seminggu tiga kali bagi membuat semakan nama dan mengedarkan borang supaya tiada yang tercicir daripada divaksin.
"PKD Seremban bersama Jakoa juga akan menjalankan program khas suntikan vaksin COVID-19 bagi Orang Asli di daerah ini pada masa terdekat, dalam tempoh sekarang, kami dah tak boleh kumpulkan mereka untuk bagi ceramah, itu adalah kekangan besar kami," katanya kepada Bernama di sini pada Ahad.
Beliau berkata setakat 10 Jun lepas, daripada 4,648 borang pendaftaran vaksin yang diedarkan hanya 32 individu Orang Asli telah menerima suntikan manakala 857 bersetuju divaksin dan 1,138 pula enggan menerima suntikan itu.
Menurutnya, jumlah itu dilihat rendah berbanding seramai 8,167 masyarakat Orang Asli di 69 perkampungan di negeri itu yang layak menerima suntikan.
Mengulas lanjut, beliau berkata kebanyakan masyarakat Orang Asli yang takut, tidak berminat dan mengambil sikap tunggu dan lihat untuk menerima suntikan disebabkan terpengaruh dengan berita tidak tepat di media sosial.
"Saya percaya tahap kesedaran dan penerimaan mereka akan meningkat apabila ramai daripada kalangan mereka menerima suntikan vaksin.
"Jakoa akan sentiasa bekerjasama dengan PKD bagi membolehkan mereka divaksin," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata Jakoa negeri telah berbincang dengan PKD masing-masing supaya mereka yang bersetuju untuk mendapatkan vaksin diberi keutamaan terutama Tok Batin memandangkan mereka boleh dijadikan suri teladan bagi penduduk lain.
Pada 6 Jun lepas, Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad dilaporkan berkata seramai 127,669 masyarakat Orang Asli di seluruh negara dikenal pasti untuk menerima suntikan vaksin COVID-19.
Beliau juga berkata setakat ini Jakoa telah menerima sebanyak 39,174 borang pendaftaran daripada masyarakat Orang Asli yang bersetuju untuk menerima suntikan vaksin, namun kira-kira 25,215 individu Orang Asli dikenal pasti tidak bersetuju untuk menerima suntikan berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 13 2021
Shahrani berkata setakat 10 Jun lepas, daripada 4,648 borang pendaftaran vaksin yang diedarkan hanya 32 individu Orang Asli telah menerima suntikan.
Tanam padi guna sistem air bawah tanah akan dilaksana atasi kesan kemarau
Kerajaan akan melaksanakan kaedah tanaman padi menggunakan sistem air bawah tanah sebagai persediaan menghadapi cuaca panas yang dijangka lebih buruk tahun hadapan.
Kempen 'RevUp and Register' perkasa penggunaan domain .my
MYNIC, melancarkan kempen 'RevUp and Register' bagi memperkasa pertumbuhan salah satu aset digital negara iaitu nama domain .MY.
59 projek pacu pembangunan pesisiran pantai Port Dickson - MB
Sebanyak 59 projek dicadang dilaksanakan bagi memacu pembangunan pesisiran pantai Port Dickson sekali gus menjadikan ia sebagai destinasi pelancongan antarabangsa.
Media arus perdana perlu tingkat kualiti, bersaing dengan wartawan segera
Peningkatan kualiti mustahak bagi memastikan media arus perdana terus menjadi sumber rujukan utama rakyat melibatkan pelbagai isu semasa.
DSA : Simulator pesawat TUDM beri peluang pengunjung kendali pesawat pejuang
Simulator penerbangan FITs dibangunkan TUDM, memberi peluang kepada orang ramai merasai pengalaman mengendalikan pesawat pejuang.
Panggung Bangsawan Melaka platform perkasa seni, budaya tempatan - Ab Rauf
Panggung Bangsawan Melaka akan menjadi platform pemerkasaan industri seni dan budaya tempatan warisan kaum berbilang bangsa di negara ini.
Petani Kedah disaran tanam harumanis ekoran permintaan tinggi
Petani di Kedah disaran mengambil peluang mengusahakan tanaman mangga harumanis berikutan permintaan terhadap buah itu yang dinamakan sebagai Harumanis D'Aman sudah mula meraih perhatian.
Usaha gigih RIMAU untuk selamatkan harimau Malaya
Panthera Tigris Malayensis dilaporkan boleh ditemui di hutan Semenanjung Malaysia, terutamanya di Pahang, Perak, Terengganu dan Kelantan.
Polis geledah pejabat pemimpin Parlimen Eropah di Brussels
Pihak berkuasa Jerman melakukan penggeledahan di pejabat seorang ahli Parlimen Eropah di Brussels pada Selasa.
Kereta Safiq Rahim diserang dua lelaki bermotosikal
Selang dua hari selepas pemain Selangor FC Faisal Halim diserang, Safiq Rahim pula ditimpa malang apabila cermin keretanya dipecahkan menggunakan tukul besi.
Isu tunggakan cetakan MyKid bakal selesai Julai ini - JPN
Isu cetakan MyKid yang tertunggak akibat masalah perolehan bekalan mikrocip semasa pandemik COVID-19 lalu dijangka dapat diselesaikan pada Julai ini secara berperingkat di seluruh negara.
Program Jana Wibawa dilaksana selepas dapat persetujuan Jemaah Menteri - Saksi
Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa cadangan mengenai Jana Wibawa telah dibawa ke mesyuarat untuk pertimbangan sebelum Jemaah Menteri memutuskan supaya program itu diteruskan pada 2020.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.