awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Raja Permaisuri Agong beramah mesra bersama pelancong di pintu masuk Istana Negara
OpenAI tamatkan GPT‑4o pada 13 Februari, majoriti pengguna beralih ke GPT‑5.2
Presiden Pas nafikan mahu ketepikan Muhyiddin dalam PN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jalan Gambang ditenggelami air, APM bantu 22 pemeriksa MUET ke pusat peperiksaan

Bernama
Bernama
16/12/2025
03:37 MYT
Jalan Gambang ditenggelami air, APM bantu 22 pemeriksa MUET ke pusat peperiksaan
Jalan Gambang di Kuantan dinaiki air. - Foto Facebook Khidmat Malaysia Pahang
KUANTAN: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) membantu 22 pemeriksa Malaysian University English Test (MUET) yang terkandas akibat Jalan Gambang di sini dinaiki air ketika dalam perjalanan ke pusat peperiksaan.
Pegawai Bahagian Operasi Bencana APM KuantanLeftenan (PA) Aznor Hafizi Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira 7.30 pagi sebelum enam pegawai dan anggota digerakkan ke Masjid Baru Gambang, lokasi semua pemeriksa berkenaan berkumpul.
Beliau berkata kesemua pemeriksa itu kemudiannya dibawa ke pusat peperiksaan di Kolej Matrikulasi Gambang menaiki lori MAN tujuh tan berikutan laluan berkenaan dinaiki air melebihi setengah meter.
"Kesemua pemeriksa selamat tiba di pusat peperiksaan pada 9.36 pagi dan pihak kami sentiasa bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan," katanya kepada Bernama.
Peperiksaan MUET yang dijadualkan bermula pada 8 pagi itu difahamkan terpaksa ditangguhkan sementara menunggu kehadiran pemeriksa di pusat berkenaan.
Tinjauan Bernama mendapati beberapa kenderaan yang cuba melalui Jalan Gambang terpaksa berpatah balik atas faktor keselamatan, dengan pihak polis turut mengawal lalu lintas di kawasan berkenaan.
Hujan berterusan di daerah Kuantan sejak lebih 48 jam lalu menyebabkan beberapa kawasan perumahan dinaiki air, antaranya Batu 6, Sri Damai dan Jalan Kuantan-Sungai Lembing, dengan beberapa pusat pemindahan sementara dijangka mula dibuka hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jalan Gambang
#MUET
#Kuantan
#banjir
#jalan tutup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan