Jalan Petaling wajar dijadikan tempat persinggahan wajib pelancong asing terutama menjelang sambutan Tahun Baharu Cina setiap tahun, kata Ahli Parlimen Bukit Bintang Fong Kui Lun.
Beliau berkata selain sebagai tapak warisan bersejarah di negara ini, pelancong terutama dari China dan Taiwan juga dapat merasai kemeriahan sambutan Tahun Baharu Cina menerusi festival yang diadakan di sini setiap tahun.
"Selain sebagai kawasan tumpuan pelancong, Jalan Petaling turut merupakan salah satu tempat bersejarah yang menyaksikan masyarakat Cina bertapak di Tanah Melayu sejak lebih 200 tahun lalu.
"Sambutan Tahun Baharu Cina di Malaysia lain daripada yang lain kerana ia disambut oleh masyarakat pelbagai kaum, jadi ia turut dapat menyerlahkan budaya berbilang kaum di negara ini sekali gus meningkatkan kadar pelancong asing ke negara ini khususnya di ibu kota," katanya ketika berucap merasmikan "2019 Petaling Street Lunar New Year Festival" di sini, pada Jumaat.
Festival yang berlangsung Jumaat hingga Ahad, menampilkan pelbagai aktiviti dan persembahan termasuk tarian singa, demonstrasi membuat kuih tradisional, 'puppet show' serta gerai-gerai yang turut menjual alat perhiasan Tahun Baharu Cina.
Sementara itu, Presiden Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Kuala Lumpur Datuk Ang Say Tee berkata festival yang berlangsung selama tiga hari itu diharap dapat meningkatkan kadar pelancong asing ke Jalan Petaling.
"Kebanyakan peniaga dan penjaja di Jalan Petaling merungut perniagaan mereka tidak begitu bagus sejak beberapa bulan lepas yang menyebabkan penurunan 30 peratus kunjungan pelancong asing.
"Festival ini diharapkan dapat mengembalikan kadar kunjungan pelancong sekali gus dapat meningkatkan perniagaan penjaja-penjaja di Jalan Petaling," katanya.
Ang berkata usaha badan bukan kerajaan serta penduduk masyarakat Cina di sekitar Jalan Petaling mengekalkan sosiobudayanya sejak sekian lama, tidak memadai jika tiada sokongan daripada kerajaan.
"Agensi berkaitan seperti Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan serta Kementerian Wilayah harus memberi tumpuan dari segi pembangunan fasiliti di sekitar Jalan Petaling bagi meningkatkan industri pelancongan sekali gus memantapkan ekonomi negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 25 2019

Fong Kui Lun (tiga, kanan) dan Datuk Ang Say Tee (tiga, kiri) merasmikan '2019 Petaling Street Lunar New Year Festival' di Jalan Petaling, Kuala Lumpur, 25 Jan, 2019. --fotoBERNAMA

Suri rumah cedera ditimpa basikal dibuang dari tingkat 12 rumah pangsa
Mangsa, Azuraini Yazid, 43, yang tinggal di tingkat sembilan, sedang dalam perjalanan membuang sampah sebelum rebah akibat hentaman kuat basikal berkenaan.

Juruelektrik dipenjara enam hari, denda RM3,500 perdaya individu tak lapor ubah suai meter TNB
Seorang juruelektrik dijatuhkan hukuman penjara enam hari dan denda RM3,500 kerana memperdaya seorang lelaki untuk tidak melaporkan pengubahsuaian meter elektrik TNB.

Lapan cara Malaysia boleh tangani isu 'brain drain' - Ong Kian Ming
Ada beberapa inisiatif dan polisi yang boleh membantu mengurangkan fenomena 'brain drain'.
Thailand ungguli carta tiga teratas rantau ASEAN
Timbalan Jurucakap Kerajaan Thailand berkata perkembangan positif itu adalah berikutan pembangunan pesat yang sedang dilalui negara.
[TERKINI] Sumbangan Asas Rahmah diperluas kepada 5.4 juta penerima bermula 1 April
Kerajaan memaklumkan pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan diperluas kepada 5.4 juta penerima bermula 1 April 2025 — peningkatan hampir lapan kali ganda berbanding 700,000 penerima sedia ada.

Lelaki Thailand didakwa edar methamphetamine lebih 147 kg
Seorang lelaki warga Thailand didakwa atas pertuduhan mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 147,675 gram di Wang Kelian dekat Padang Besar.

Aidilfitri: PDRM pantau 554 lokasi kerap berlaku kemalangan, sesak - Ayob Khan
PDRM mengenal pasti 554 lokasi di lebuh raya serta jalan Persekutuan seluruh negara yang berisiko tinggi berlaku kesesakan dan kemalangan susulan Op Selamat 24 sempena Aidilfitri.

Kelantan umum Ahad cuti peristiwa, penjawat awam terima bantuan khas Aidilfitri
Kelantan mengisytiharkan Ahad ini (30 Mac) sebagai Hari Kelepasan Am bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri.
PDRM pantau 554 lokasi kerap kemalangan, sesak
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenal pasti 554 lokasi di lebuh raya serta jalan Persekutuan seluruh negara yang berisiko tinggi berlaku kesesakan dan kemaPolis Diraja Malaysia (PDRM) mengenal pasti 554 lokasi di lebuh raya serta jalan Persekutuan seluruh negara yang berisiko tinggi berlaku kesesakan dan kemalangan susulan Op Selamat 24 sempena Aidilfitri.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, bagi memastikan kelancaran lalu lintas, hampir 7,000 anggota dan pegawai Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) akan diarah bertugas.
langan susulan Op Selamat 24 sempena Aidilfitri.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, bagi memastikan kelancaran lalu lintas, hampir 7,000 anggota dan pegawai Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) akan diarah bertugas.
langan susulan Op Selamat 24 sempena Aidilfitri.
KPKM berjaya raih keuntungan RM15 juta nilai perdagangan sebenar
Penyertaan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dalam International Food and Drink Event (IFE) 2025 di London baru-baru ini mencatat kejayaan besar dengan meraih keuntungan sebanyak RM15 juta nilai perdagangan sebenar.

Jalan Petaling wajib dikunjungi ketika sambutan Tahun Baharu Cina - Fong
Selain sebagai tapak warisan bersejarah di negara ini, pelancong terutama dari China dan Taiwan juga dapat merasai kemeriahan sambutan Tahun Baharu Cina menerusi festival yang diadakan di sini setiap