Jalan sekitar KLCC ditutup esok sempena pelancaran Musim MotoGP 2026

Mohd Zamzuri berkata program pelancaran itu bukan sahaja menandakan permulaan musim MotoGP, malah bertujuan mempromosikan Kuala Lumpur sebagai destinasi global yang moden, dinamik dan berdaya saing. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Beberapa jalan utama di sekitar pusat bandar Kuala Lumpur akan ditutup secara berperingkat esok bagi memberi laluan kepada Program Pelancaran MotoGP Musim 2026 yang dijadual berlangsung sekitar ibu kota.
Ringkasan AI
- Beberapa jalan utama di sekitar pusat bandar Kuala Lumpur akan ditutup bagi Program Pelancaran MotoGP Musim 2026 esok.
- Penutupan jalan bermula dari 2 petang hingga 12 tengah malam untuk keselamatan pengguna jalan raya dan orang awam.
- Program pelancaran bertujuan mempromosikan Kuala Lumpur sebagai destinasi global yang moden, dinamik, dan berdaya saing.
Beliau berkata penutupan penuh akan dilaksanakan di Jalan Ampang bagi laluan masuk dan keluar dari persimpangan Jalan P. Ramlee atau Yap Kwan Seng hingga ke persimpangan Jalan Mayang serta bagi laluan masuk dari persimpangan Jalan P. Ramlee hingga ke persimpangan Jalan Persiaran KLCC.
"Penutupan penuh Jalan P. Ramlee bersebelahan KLCC pula melibatkan laluan dari persimpangan Jalan Ampang hingga ke persimpangan Jalan Pinang," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau menasihatkan orang ramai supaya merancang perjalanan lebih awal, menggunakan laluan alternatif serta sentiasa mematuhi arahan pegawai polis dan petugas trafik yang bertugas.
"Dalam pada itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memohon kerjasama serta kefahaman orang ramai atas sebarang kesulitan yang timbul sepanjang tempoh pelaksanaan penutupan jalan berkenaan," katanya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


