awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jalan utama Kuala Lipis-Gua Musang dibuka semula hari ini

Bernama
Bernama
25/06/2023
15:31 MYT
Jalan utama Kuala Lipis-Gua Musang dibuka semula hari ini
Jalan utama yang menghubungkan Kuala Lipis ke Gua Musang yang sebelum ini ditutup sejak 3 April lalu kembali dibuka semula hari ini untuk kegunaan orang ramai. - Foto FB KKR
KUALA LUMPUR: Jalan utama yang menghubungkan Kuala Lipis ke Gua Musang yang sebelum ini ditutup sejak 3 April lalu bagi kerja-kerja pemasangan cerucuk untuk projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) Pakej 3B dan 3C kembali dibuka semula hari ini untuk kegunaan orang ramai.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata laluan berkenaan telah dibuka semula kepada kenderaan ringan selepas kerja-kerja pemasangan cerucuk itu siap Khamis lalu dan pembukaan ini akan memberi kemudahan kepada penduduk tempatan dan pengguna jalan raya dari Kuala Lumpur.
"Saya juga berharap pembukaan laluan ini akan memberi kemudahan dan keselesaan kepada anak perantauan ke Kelantan sempena sambutan Aidiladha Khamis ini dan selepas musim perayaan nanti," katnya melalui hantaran di Facebok rasminya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jalan utama
#Kuala Lipis-Gua Musang
#dibuka semula
#projek Lingkaran Tengah Utama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan