Pemilik Sekin Fishermen Village Hotel & Resort, Datuk Seri Jamal Md Yunos bertindak meneruskan operasi resortnya hari ini walaupun Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) telah menyita dan mengarahkan premis itu ditutup selama 14 hari bermula semalam.
Beliau yang juga Ketua Umno Bahagian Sungai Besar mendakwa pihaknya telah mematuhi segala syarat yang telah ditetapkan, namun gagal memperolehi lesen sah kerana campur tangan politik pihak tertentu.
"Resort ini telah dibangunkan lapan tahun lalu dan mula beroperasi sejak 2011, persoalannya kenapa tidak diberi lesen oleh MDSB walaupun semua syarat telah dipatuhi?," katanya kepada pemberita di resort berkenaan di sini, hari ini.
BACA: Resort milik Jamal disita MDSB
Terdahulu, Jamal bertindak 'merasmikan' resort tersebut buat pertama kalinya sejak 2011 dengan memotong reben selain mengoyak notis arahan penutupan oleh MDSB.
Mengulas mengenai tindakan Pejabat Daerah dan Tanah yang merobohkan 11 bilik bangunan yang masih dalam pembinaan, Jamal berkata pihak berkenaan sepatutnya memberi notis terlebih dahulu sebelum merobohkan bangunan tersebut.
Jamal berkata peguamnya akan mendapatkan perintah mahkamah Isnin ini bagi menarik balik arahan sita dan penutupan resort itu.
Semalam, MDSB bertindak menyita resort seluas empat hektar yang mempunyai 100 unit bilik itu kira-kira pukul 10 pagi.
Yang Dipertua MDSB, Azlinda Azman berkata penutupan berkuat kuasa semalam itu dibuat mengikut Undang-undang Kecil 38, Undang-undang Kecil Hotel MDSB 2013 kerana menjalankan aktiviti perhotelan tanpa lesen sah.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 23 2016
Jamal meneruskan operasi resortnya walaupun MDSB menyita dan mengarahkan premis itu ditutup selama 14 hari. - Sumber gambar Jamal Md Yunos
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Kerajaan Selangor beri kerjasama penuh siasatan SPRM mengenai SMUE
Kerajaan negeri Selangor akan memberikan kerjasama penuh terhadap siasatan SPRM berhubung dakwaan penyalahgunaan dana Skim Mesra Usia Emas (SMUE) berjumlah RM200 juta.
Jamal tawar diri jadi Presiden FAS
Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini menawarkan diri untuk menjadi Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS).
Jamal teruskan operasi resort walaupun diarah tutup 14 hari
Datuk Seri Jamal Md Yunos bertindak meneruskan operasi resortnya hari ini walaupun MDSB telah menyita dan mengarahkan premis itu ditutup selama 14 hari bermula semalam.
Peminat Siti Nurhaliza kesal penyokong Jamal Yunos kaitkan isu air dengan anak
Peminat berpendapat sindiran sedemikian tidak sepatutnya dikeluarkan memandangkan ia membabitkan perihal takdir.
Jamal Yunos hadir bertuala di SUK, mahu tumpang mandi di pejabat Azmin Ali
Jamal yang tiba di pintu utama bangunan itu jam 9.40 pagi tadi bagaimanapun dihalang daripada memasuki perkarangan SUK.