awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jambatan Nanga Mujong simbol keutuhan perpaduan rakyat - Abang Jo

Astro Awani
Astro Awani
05/10/2020
12:06 MYT
Jambatan Nanga Mujong simbol keutuhan perpaduan rakyat - Abang Jo
Menurut Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, pembinaan jambatan itu dilihat sebagai simbol perpaduan rakyat di negeri itu. FOTO: Astro AWANI
KAPIT:Pembinaan Jambatan Nanga Mujong bernilai RM37 juta yang menghubungkan pekan Kapit dan empangan hidroelektrik Baleh berjalan lancar mengikut jadual.
Selain klinik kesihatan di kawasan itu, jambatan konkrit sepanjang 174.5 meter itu turut menghubungkan penduduk dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Baleh.
Menurut Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, pembinaan jambatan itu dilihat sebagai simbol perpaduan rakyat di negeri itu.
“Reka bentuk yang menyokong struktur jambatan ini adalah simbol perpaduan masyarakat di negeri ini.
“Ini juga simbolik kepada bagaimana kita terus menyokong sesama sendiri untuk terus membangunkan negeri kita,” kata Abang Johari.
Pada masa sama, Abang Johari juga tidak menafikan usaha sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab dalam memanipulasikan berita mengenai usaha kerajaan negeri dalam membangunkan Kapit.
Namun jelasnya rakyat menjadi saksi dan mampu menilai usaha kerajaan negeri dalam memastikan agenda pembangunan negeri Sarawak terus dijalankan.
“Ada pihak yang berkata kepada Tan Sri Dr James Jemut Masing (Timbalan Ketua Menteri Sarawak) bahawa tiada pembangunan yang dijalankan di Kapit.
“Mereka ini hanya tahu membuat bising dan tidak datang sendiri ke Kapit dan melihat apa yang sudah direncanakan di sini, jadi datang sendiri ke Kapit dan saksikan usaha kerajaan negeri di sini,” tambahnya.
Abang Johari berkata demikian ketika berucap di Majlis Lawatan Kerja Jambatan Nanga Mujong di Kapit pada Isnin.
Topic Berkaitan
#Sarawak
#Kapit
#Baleh
#Nanga Mujong
#empangan hidroelektrik
#Abang Johari Tun Openg
#perpaduan
#simbolik
#Tan Sri Dr James Jemut Masing
#AWANI Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan