awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jambatan Sg Klah akan dibaiki segera - Exco

Bernama
Bernama
20/04/2025
21:15 MYT
Jambatan Sg Klah akan dibaiki segera - Exco
Jambatan Sg Klah yang runtuh terletak di jalan masuk utama ke Hot Spring Felda Sungai Klah, Kampung Tisong dan Buyong Mas Sanctuary Camp Site. - Foto JBPM Perak
SUNGKAI: Jambatan Sg Klah yang runtuh pagi semalam sehingga mengakibatkan laluan keluar masuk ke Hot Spring Felda Sungai Klah, Kampung Tisong serta Buyong Mas Sanctuary Camp Site, di sini, terputus, akan dibaiki secepat mungkin.
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, insiden itu akan dipanjangkan kepada pihak berwajib bagi memudahkan tindakan susulan dilakukan kerajaan negeri.
"Esok (Isnin) saya akan pastikan pihak mana yang bertanggungjawab terhadap isu ini bagi memudahkan tindakan susulan yang kerajaan negeri akan luluskan.
"Saya datang ke sini pada malam ini juga untuk pastikan yang masih terkandas di sebelah Kampung Sungai Tisong itu dapat meneruskan urusan seharian mereka termasuk pelajar sekolah," katanya kepada pemberita selepas meninjau lokasi itu, di sini, lewat petang semalam.
Terdahulu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak melaporkan seramai 136 individu termasuk 81 pelajar sebuah politeknik terkandas akibat kejadian itu.
Mohammad Nizar turut merakamkan penghargaan kepada pihak polis, Pusat Khidmat Ahli Parlimen Tanjung Malim serta Pejabat Penghulu Mukim Sungkai yang membantu memudahkan urusan berhubung kejadian tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jambatan Sg Klah
#jambatan runtuh
#Kerajaan Negeri Perak
#Mohammad Nizar Jamaluddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan