Hubungan dan kerjasama erat yang terjalin antara negara-negara anggota Pertemuan Khas Tidak Rasmi Menteri-menteri Agama Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura (MABIMS), mampu menjadi benteng kukuh dalam menghadapi isu dan cabaran yang mengancam umat Islam di Nusantara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata selain isu liberalisme dan pluralisme umat Islam Nusantara turut berdepan serangan pemikiran yang boleh membawa perpecahan.
"Di rantau kita, Islam tidak kurang hebatnya diancam walaupun bukan dalam bentuk peperangan, isu-isu yang dihadapi perlu ditangani dengan serius agar kedaulatan Islam teguh dan terpelihara," katanya semasa pelancaran Alumni Bas MABIMS sempena Mesyuarat Pegawai-pegawai Kanan (SOM) ke-38 di sini, malam tadi.
Teks ucapan beliau dibacakan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) Datuk Othman Mustapha.
Pertemuan MABIMS diadakan setiap dua tahun dengan Thailand dan Filipina dijemput sebagai pemerhati.
Program Bas Belia MABIMS dilaksanakan sejak 2009 menunjukkan tanda positif apabila pesertanya berjaya membentuk rangkaian hubungan persaudaraan Nusantara dalam melaksanakan misi dakwah serta perkongsian ilmu dengan masyarakat, kata Jamil Khir.
Menurutnya projek bakti sosial pertama dilaksanakan MABIMS pada 2009 bersama masyarakat Orang Asli di Malaysia diikuti projek sekolah agama dasar di Provinsi Pontianak, Indonesia dan perkampungan saudara baru di Kampung Buluh, Brunei Darussalam.
Projek ini kemudian diteruskan pada 2011 di kawasan bencana letusan gunung Merapi, Indonesia, seterusnya pada 2012 di Kampung Tradisi, Terengganu dan tahun ini diadakan di Pulau Langkawi.
"Peranan alumni ini diharap dapat merealisasikan hasrat para menteri dan pegawai kanan MABIMS untuk lebih dikenali di kalangan negara Islam dalam usaha dakwah dan sumbangan ke arah wahdattul ummah," tambahnya.
Seramai 40 peserta terdiri daripada 10 orang dari setiap negara mengikuti Bas Belia MABIMS bermula 25 Okt lepas dari Bangi ke Alor Setar sebelum berakhir di Langkawi dengan matlamat berkongsi ilmu bersama masyarakat di samping memperkenalkan Malaysia, sebagai negara mesra pelancong.
Bercakap kepada pemberita kemudian, Othman berkata pertemuan SOM di Langkawi membincangkan tujuh bidang antaranya modul insan Islam, dakwah dan peranan belia dalam meningkatkan keharmonian masyarakat Islam di Nusantara.
Bernama
Wed Oct 30 2013
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
Terserah kepada polis buat siasatan ke atas Zamihan - Jamil Khir
Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyerahkan kepada polis untuk membuat siasatan terhadap pegawai kader Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Dr Zamihan Mat Zin.
Haji: Jemaah diminta utamakan keselamatan, kesihatan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata setiap jemaah hendaklah memastikan kesihatan diri mereka dalam keadaan baik sepanjang menunaikan ibadah itu.
KL-Riyadh tingkatkan kerjasama bendung keganasan, ajaran sesat - Jamil Khir
Kerjasama Kuala Lumpur-Riyadh bakal dipertingkatkan lagi dalam membendung penyelewengan agama yang menjurus kepada aktiviti keganasan dan ajaran sesat.
Pensijilan Jakim bolehkan farmaseutikal halal berkembang di dalam dan luar negara
Pensijilan baharu bagi ubat terkawal/preskriptif yang dibangunkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan membolehkan Farmaseutikal Halal berkembang di dalam dan luar negara.
Majlis fatwa putuskan sentuh anjing bertentangan dengan mazhab Shafie
Muzakarah Fatwa Kebangsaan hari ini memutuskan isu segelintir umat Islam menyentuh dan memegang anjing adalah bertentangan dengan fahaman majoriti umat Islam yang berpegang kepada mazhab Imam Shafie.
Yakini keputusan JAKIM - Jamil Khir
Umat Islam di negara ini disaran agar meyakini keputusan yang diumumkan JAKIM berhubung status halal coklat Cadbury.
Zahid: Henti kritikan terhadap Ustaz Kazim
Zahid berkata semua pihak juga perlu menghormati keputusan Ustaz Kazim untuk terus menjadi pendakwah bebas.
Taksub hak asasi undang kepincangan masyarakat
Ketaksuban kepada hak asasi manusia secara membuta tuli akan mengundang kepincangan dalam kalangan masyarakat dan negara.
'Jakim cadang bekal senjata api untuk pegawai penguatkuasa'
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah mencadangkan untuk membekalkan senjata api kepada pegawai penguatkuasa jabatan agama ketika mereka bertugas.
Jamil Khir: MABIMS boleh jadi benteng hadapi serangan pemikiran
Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata selain isu liberalisme dan pluralisme umat Islam Nusantara turut berdepan serangan pemikiran yang boleh membawa perpecahan.