KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan dikenali sebagai "Datuk Roy" yang direman tiga hari bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan program Jana Wibawa, dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.
Peguam Fahmi Abd Moin memberitahu pemberita bahawa Majistret Noorelynna Hanim Abd Halim membebaskan individu berusia 54 tahun itu selepas pihak SPRM tidak mengemukakan permohonan untuk lanjutan reman.
"Anak guam saya akan dibawa ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya esok bagi permohonan reman untuk kes lain," kata peguam itu.
Pada Isnin lepas, lelaki itu telah menyerah diri di pejabat SPRM Kuala Lumpur pada 2.30 petang, sebelum direman selama tiga hari bermula Selasa bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 atas kesalahan menerima rasuah.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 16 2023
Pada Isnin lepas, 'Datuk Roy' telah menyerah diri di pejabat SPRM Kuala Lumpur, sebelum direman selama tiga hari bermula Selasa. - Fail/Sinar
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) mengambil keputusan secara rasmi menarik diri daripada gabungan politik Perikatan Nasional (PN).
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Representasi pegawai SPRM, Datuk Roy kaji semula tuduhan rasuah ditolak
Jabatan Peguam Negara menolak representasi dikemukakan seorang pegawai SPRM dan Datuk Roy untuk mengkaji semula pertuduhan rasuah.
Pegawai SPRM, Datuk Roy didakwa rasuah RM640,000 supaya anak Muhyiddin tidak direman
Seorang pegawai SPRM dan ahli perniagaan dikenali sebagai 'Datuk Roy' berhadapan dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah supaya anak Muhyiddin Yassin tidak direman.
Datuk Roy, bekas Timbalan Pendaftar Mahkamah bebas reman
Majistret Mahkamah Putrajaya, Irza Zulaikha Rohanuddin membenarkan anak guam dilepaskan masing-masing dengan seorang penjamin dan perlu melaporkan diri ke pejabat SPRM setiap bulan.
Jana Wibawa: "Datuk Roy" dibebas dengan jaminan SPRM
Seorang ahli perniagaan dikenali sebagai "Datuk Roy" yang direman tiga hari bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan program Jana Wibawa, dibebaskan dengan jaminan SPRM.
Kes Jana Wibawa: 'Datuk Roy' direman 3 hari bantu siasatan
Seorang individu yang digelar 'Datuk Roy' direman tiga hari bagi membantu siasatan berhubung kes Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa).
Kes Jana Wibawa: SPRM sedang kesan 'Datuk Roy'
Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi hari ini mengesahkan perkara itu.