KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman meminta semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi atau fitnah berkaitan dengan perkara yang melibatkannya.
Peguam Muhammad Nadir dari Tetuan Chambers of Zainul Rijal dan Tetuan Ridha dan Rai, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar dan Ridha Abdah Subri dalam satu kenyataan menjelaskan, ia tertakluk kepada pihak polis untuk menyelesaikan siasatan mereka mengikut undang-undang tanpa sebarang gangguan.
Jelas mereka, kegagalan mematuhinya mungkin akan menyebabkan pihak tersebut juga akan diambil tindakan undang-undang.
Dalam satu kenyataan, mereka memaklumkan telah diarahkan untuk menjelaskan kedudukan sebenar dan pendirian Muhammad Nadir.
Berdasarkan kenyataan yang tular sebelum ini dilaporkan bahawa Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, Muhammad Nadir dikehendaki untuk memberi keterangan berhubung dengan laporan yang dibuat oleh seorang pendakwah terkenal.
BACA: Nadir Al-Nuri jawab tanda tanya Ebit Lew mengenai sumbangan RM20 juta ke Gaza
BACA: Laporan Ebit Lew, PDRM mohon bantuan Interpol kesan Nadir, Caprice
Dilaporkan juga beliau berkata sudah berbual dengan Muhammad Nadir, tetapi tidak dibalas dan beliau meminta bantuan Interpol bagi mengesannya dan seorang yang lain.
Muhammad Nadir turut menegaskan ada berbalas pesanan dengan beberapa anggota polis dan menafikan tidak membalasnya.
Mereka juga mengetahui di mana Muhammad Nadir berada sekarang.
Muhammad Nadir juga menjelaskan sedia memberikan kerjasama penuh di dalam apa jua siasatan yang dilakukan oleh pihak berkuasa Malaysia.
Malah, kenyataan itu menjelaskan, semua pihak termasuk polis mengetahui Muhammad Nadir sekarang berada di Gaza, Palestin.
Oleh yang demikian, peguam Muhammad Nadir memaklumkan, tiada keperluan untuk meminta bantuan Interpol untuk mengesannya.
Malah jelas kenyataan itu, Superintendan Ashari sudah berhubung dengan Muhammad Nadir dan meminta kerjasama dalam siasatan tersebut.
Jelas kenyataan itu, Muhammad Nadir juga sudah memaklumkan sedia memberikan kerjasama.
Bagaimanapun, menurut kenyataan tersebut, sebagaimana diketahui umum Muhammad Nadir dan individu lain juga menghadapi kesukaran untuk keluar dari Gaza dan masuk semula jika beliau keluar buat masa ini.
Sempadan keluar masuk Gaza kini dikawal ketat oleh pihak berkuasa memandangkan situasi terkini di Palestin.
Peguam itu memaklumkan, Muhammad Nadir juga sedang melanjutkan pengajian beliau di Gaza dan melaksanakan pelbagai aktiviti masyarakat sivil membantu warga Gaza di sana khususnya bantuan yang disalurkan oleh rakyat Malaysia.
Jelas kenyataan itu, Muhammad Nadir sedia memberi kerjasama dalam apa jua keterangan yang dibuat menurut undang-undang demi membantu keadilan dilaksana.
Sehingga kini juga Muhammad Nadir masih belum mengetahui butiran laporan polis yang dibuat oleh
pihak terbabit secara terperinci.
Kenyataan itu menjelaskan, polis juga boleh menghubungi peguam Muhammad Nadir untuk
memudahkan segala perancangan mengambil keterangan tersebut dan siasatan dapat disempurnakan.
Astro Awani
Sat Aug 21 2021

Muhammad Nadir turut menegaskan ada berbalas pesanan dengan beberapa anggota polis dan menafikan tidak membalasnya. - Facebook@nadiralnuri
‘Tak ada jalan lain, Nurul Izzah kena menang’ – Rafizi
Tidak ada jalan lain melainkan perlunya memenangkan Bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar sebagai Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat yang baharu, biarpun beliau adalah anak kepada Presiden Parti, kata Datuk Seri Rafizi Ramli. #AWANInews
Nissan Motor catat kerugian, lebih 10 ribu pekerjaan dikurangkan
Nissan Motor akan mengurangkan lebih daripada 10,000 lagi pekerjaan di seluruh dunia, menjadikan jumlah keseluruhan pemotongan termasuk pemberhentian yang diumumkan sebelum ini kepada kira-kira 20,000 atau 15% daripada tenaga kerjanya. #AWANInews
ICAO putuskan Rusia tembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17
Majlis Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) memutuskan bahawa Rusia bertanggungjawab terhadap insiden tembakan ke atas pesawat Malaysia Airlines MH17.
#AWANInews
#AWANInews

Petinju MMA ditikam tiga kali oleh bekas ahli gim
SEORANG petinju MMA berusia 24 tahun ditikam tiga kali di New York oleh seorang bekas ahli gim yang sebelum ini dilarang daripada masuk ke kemudahan itu.

Polis tahan dua lelaki, selesai kes samun tujuh kedai serbaneka
Polis berjaya menyelesaikan kes samun berkawan membabitkan tujuh kedai serbaneka di sekitar Kota Bharu dalam tempoh kurang 72 jam, selepas menahan dua suspek di Jalan Sultanah Zainab semalam.
"Pemilihan dalam parti bukan 'us versus them'" - Saifuddin
Datuk Seri Saifuddin Nasution menjawab soalan media berkenaan Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menyatakan berpendirian beliau bahawa pemilihan dalam parti adalah 'we are together'.
#AWANInews
#AWANInews
Penurunan angka penagih baru sebanyak 10.5 peratus - Saifuddin
Datuk Seri Saifuddin Nasution berkongsi data angka penagih dadah yang direkodkan. Setelah tindakan penutupan pengkalan haram dan jalan tikus di negeri-negeri sempadan, membuahkan hasil dengan turunnya sebanyak 10.5 peratus pada suku pertama 2025.
#AWANInews
#AWANInews
AADK kerjasama Geospatial: Analisis berasaskan aplikasi AI
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam sidang media perhimpunan bulanan KDN menerangkan berkenaan anjakan yang dilakukan oleh AADK terhadap analisis data. Kerjasama bersama Pusat Geospatial dapat membantu pihak AADK menanalisis data mentah serta melakukan unjuran berdasarkan fakta yang dikumpul.
#AWANInews
#AWANInews

Konflik hidupan liar: Nik Nazmi seru kerjasama kerajaan negeri-Pusat
Kerjasama negeri-Persekutuan penting bagi menyelesaikan konflik gajah-manusia, lindungi habitat dan elak tragedi berulang.

ASN 2024: Aaron-Wooi Yik Olahragawan Kebangsaan, Nor Farah cipta sejarah
Beregu lelaki negara mengetepikan cabaran Lee Zii Jia, Mohamad Aniq Kasdan, Wong Weng Soon dan Abdul Latif Maxzakir.

Pope Leo XIV seru gencatan senjata segera di Gaza
Menyentuh mengenai situasi di Gaza, Pope Leo XIV menyatakan beliau amat dukacita dengan apa yang sedang berlaku di Semenanjung Gaza.

Israel gempur Gaza, 26 terbunuh dalam serangan terbaharu
Serangan ini berlaku ketika sekatan penuh terhadap bantuan kemanusiaan memasuki hari ke-71.

Ribuan berarak di Madrid tuntut penghentian perang di Gaza
Demonstrasi ini dianjurkan oleh kira-kira 30 organisasi sebelum ulang tahun ke-76 "Nakba".

AS sahkan rancangan firma swasta hantar bantuan ke Gaza walaupun dibantah PBB
Israel tidak akan terlibat dalam pengagihan bantuan tetapi hanya akan menyediakan keselamatan di sekitar pusat pengagihan.

Gaza akan bangkit daripada kemusnahan - PM Palestin
Mohammad menegaskan yang pendirian prinsip EU memberi harapan baharu kepada rakyat dan kepimpinan Palestin bahawa hak sah mereka tidak akan dilupakan.

Yayasan baharu akan terajui pengagihan bantuan di Gaza, kata AS
Sebuah yayasan baharu dari Amerika Syarikat (AS) sedang merancang untuk menyusun semula pengagihan bantuan ke Semenanjung Gaza.

"Kelaparan yang tidak pernah dilihat sebelum ini" cengkam Gaza, UNRWA beri amaran
Kelaparan di Gaza telah mencapai tahap yang tidak pernah berlaku sebelum ini, UNRWA memberi amaran pada Khamis.

Malaysia kutuk rancangan Israel di Gaza sebagai pembersihan etnik
Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya rancangan Israel untuk mewujudkan "kependudukan berterusan" di Gaza dengan mengusir secara paksa lebih dua juta penduduk Palestin dari wilayah itu.

Serangan berterusan Israel di Gaza ancam kewujudan rakyat Palestin - PBB
Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia PBB, Volker Turk menyatakan kebimbangan serius terhadap laporan rancangan Israel untuk memindahkan secara paksa penduduk Gaza.

Jawatankuasa PBB desak sekatan ke atas Gaza dihentikan serta-merta
Jawatankuasa itu mengecam kepungan Israel yang dikenakan sejak 2 Mac lalu.