awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan gugat keharmonian kaum dan agama - Shafie

Ridzal Abdullah
Ridzal Abdullah
24/09/2015
05:21 MYT
Jangan gugat keharmonian kaum dan agama - Shafie
MOHD SHAFIE: Ini adalah tonggak yang penting bagi negara kita agar persefahaman toleransi kekal terpelihara.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal memberi amaran supaya jangan ada pihak cuba menggangu gugat keharmonian kaum dan agama di negara ini.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Semporna, menegaskan tindakan menggunakan kaedah meraih sokongan dengan cara menyentuh sensitiviti agama dan bangsa bakal menghancurkan negara sekiranya diamalkan.
Jelas Shafie, menjadi satu keperluan menjaga keharmonian antara kaum yang telah lama dikecapi dan dinikmati agar generasi masa hadapan akan dapat turut merasai keamanan dan kedamaian hidup di negara ini.
"Jangan oleh kerana dah dekat Perhimpunan Agung UMNO contohnya, ataupun ada unsur yang kita nak meraih sokongan semata-mata bagi kita maka kita gunakan kaedah-kaedah seumpama menggunakan agama dan juga kaum boleh menjejaskan keharmonian kaum yang ada,
"Ini adalah tonggak yang penting bagi negara kita agar persefahaman toleransi kekal terpelihara dan dapat menyatukan kaum dan bangsa harus juga ambil kira sensitiviti agama kerana ianya amat sensitif," katanya semasa ditemui di Masjid Ar Rahman, selepas menyaksikan ibadah korban dan solat sunat Aidiladha.
Beliau juga mengingatkan rakyat supaya mengambil iktibar daripada apa yang berlaku di negara bergolak, akibat permasalah kaum, bangsa dan agama.
Topic Berkaitan
#agama
#kaum
#Mohd Shafie Apdal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan