awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS kekal hak menjamin keselamatan ketenteraan pangkalan Diego Garcia - Trump
Ribut Leonardo: Lelaki maut di Portugal, wanita dihanyutkan arus di Sepanyol
Wabak norovirus tangguh aksi pembukaan hoki ais wanita Finland
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan halang tugas penjawat awam di lapangan - Rela

Bernama
Bernama
06/11/2025
14:52 MYT
Jangan halang tugas penjawat awam di lapangan - Rela
Insiden tular membabitkan seorang anggota Rela yang ditegur secara kasar oleh orang awam di Terminal Bas Johor Bahru Sentral, Bangunan Sultan Iskandar, baru-baru ini. - TikTok @cyberjayaviral
JOHOR BAHRU: Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) mengingatkan orang ramai agar menghormati setiap penjawat awam yang menjalankan tugas di lapangan, termasuk anggota Rela.
Dalam kenyataan hari ini Rela memaklumkan setiap anggota pasukan itu merupakan penjawat awam yang menjalankan tugas rasmi di bawah bidang kuasa jabatan berkenaan.
"Justeru sebarang tindakan menghalang, mengugut atau menengking mereka ketika bertugas boleh disiasat mengikut undang-undang yang berkuat kuasa," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu susulan insiden tular membabitkan seorang anggota Rela yang ditegur secara kasar oleh orang awam di Terminal Bas Johor Bahru Sentral, Bangunan Sultan Iskandar, baru-baru ini.
Rela memaklumkan kejadian pada Selasa lepas itu berlaku ketika anggota berkenaan sedang membantu mengawal kelancaran pergerakan orang awam dan keselamatan di kawasan terminal berkenaan.
Anggota terbabit telah ditegur secara kasar oleh seorang individu yang tidak berpuas hati selepas diminta mematuhi laluan ditetapkan ketika ingin menggunakan perkhidmatan bas.
Dalam pada itu, jabatan itu turut menzahirkan penghargaan kepada anggota berkenaan yang kekal berhemah dan profesional ketika berdepan situasi tegang tanpa sebarang provokasi.
"Bagi mengekalkan dan meningkatkan kualiti perkhidmatan di lapangan, latihan serta bimbingan berterusan akan terus diberikan kepada semua anggota," menurut Rela.
Semalam, polis memaklumkan menahan seorang lelaki berusia 31 tahun yang didakwa terlibat dalam insiden berkenaan
Terdahulu, tular di laman sosial video berdurasi 58 saat memaparkan seorang lelaki bertindak menengking anggota Rela yang dipercayai warga emas yang memberi arahan ketika sedang bertugas.
Insiden itu turut memaparkan seorang wanita cuba menenangkan lelaki itu dan video tersebut mengundang pelbagai komen yang bersimpati terhadap anggota Rela terbabit.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#halang tugas
#penjawat awam
#RELA
#johor bahru sentral
#Tular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan