Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta jemaah haji yang bakal ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah haji tahun ini agar mendoakan Malaysia terus aman dan meraih lebih banyak lagi kejayaan di persada dunia.
"Lakukan ibadah haji sebanyak mana dan yang terdaya. Jangan lupa berdoa demi negara Malaysia kita tercinta. Berdoalah semoga Allah sentiasa memberi rahmat kepada negara kita agar menjadi sebuah negara yang aman, berjaya, yang akan terus disanjung tinggi oleh semua pihak.
"Semoga yang pergi haji ini akan mendapat haji yang mabrur. Selamat berlepas dan selamat kembali. Moga dapat lakukan ibadah haji dengan aman dan tenang," katanya ketika berucap sebelum melepaskan kumpulan kedua jemaah haji Malaysia di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya, di sini hari ini.
Turut hadir isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Duta Besar Arab Saudi di Malaysia Mahmoud Hussen Qattan.
Kumpulan kedua jemaah haji itu membabitkan 420 orang berlepas 9.30 malam ini manakala lebih 400 orang daripada kumpulan pertama jemaah haji telah berlepas kira-kira pukul 6 pagi tadi.- LAGI
Pada musim haji tahun ini, sejumlah 112 penerbangan disediakan untuk membawa 30,200 jemaah haji ke Tanah Suci menerusi penerbangan Malaysia Airlines Berhad dan FLYNAS, dengan penerbangan terakhir dijadual 26 Ogos ini.
Najib menarik perhatian, akhlak dan tingkah laku jemaah negara yang baik dan mematuhi arahan sewaktu menunaikan ibadah di Makkah antara faktor yang menyumbang kepada kuota tambahan yang diberikan kepada Malaysia tahun ini oleh kerajaan Arab Saudi.
"Kita di Malaysia ini dapat banyak keistimewaan. Jangan fikir yang pipih datang melayang, yang bulat datang bergolek, tidak. Ini berlaku kerana usaha dilakukan kerajaan Malaysia.
"Bukan saya hendak dapatkan semua (penghargaan itu), tidak, ini semua kerana jemaah haji kita yang akhlaknya baik, tingkah laku baik, sikapnya yang baik, boleh jadi contoh kepada yang lain," katanya.
Jelasnya, selain itu, faktor pentadbiran kerajaan dan pengurusan Lembaga Tabung Haji yang cekap juga turut diambil kira Riyadh dalam memberikan kuota tambahan tersebut yang telah dipohon sejak 2013 namun hanya diluluskan tahun ini.
"Alhamdulillah, kuota haji bertambah kerana permintaan yang saya ajukan dalam lawatan Raja Arab Saudi Raja Salman Abdulaziz Al-Saud (ke Malaysia) baru-baru ini . Setelah mendapat pertimbangan istimewa, kuota haji kita naik kepada 30,200 berbanding 27,900 orang. Kerana itu ramai boleh pergi haji, jadi tidak perlu tertekan," kata Najib.
Beliau menarik perhatian, selain itu hubungan istimewa dan akrab antara kedua-dua negara yang telah terjalin selama ini menjadi penyumbang kepada peningkatan kuota tambahan jemaah haji.
Menyentuh mengenai subsidi kerajaan kepada jemaah haji, perdana menteri menjelaskan, ada kemungkinan jumlah subsidi tersebut akan dinaikkan tahun depan namun beliau tidak mengulas lanjut.
"Kita mempunyai subsidi yang hampir sama banyak dengan apa yang jemaah haji sudah bayar iaitu hampir 100 peratus di mana tuan-tuan membayar RM9,980 dan kerajaan bagi subsidi sebanyak RM9,570. mungkin tahun depan akan lebih lagi subsidi berbanding RM260 juta tahun ini.
"Kalau Tabung Haji tidak diuruskan dengan baik dan menjadi modal politik, jadi siapa yang akan rugi tuan puan? Inilah institusi kita (yang perlu dijaga) kerana Tabung Haji lah kita dapat subsidi yang banyak," katanya.
Najib dan isterinya kemudian bersalaman dan bertegur sapa dengan bakal jemaah haji sebelum meninggalkan majlis kira-kira pukul 7 malam.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 24 2017
PM Najib sewaktu dalam majlis mengucapkan selamat jalan kepada jemaah haji Malaysia ke Tanah Suci musim 1438H di Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya hari ini. - Bernama
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Kerajaan tidak benarkan pengeluaran wang dari Akaun 1 KWSP untuk tunai haji
Ahli masih boleh mengeluarkan wang mereka dari KWSP melalui Akaun 2 dan Akaun 3 atau Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Sultan Selangor, Tengku Permaisuri zahir ucapan selamat Hari Raya Aidiladha
Baginda turut menzahirkan harapan agar umat Islam sentiasa mensyukuri nikmat yang dikurniakan Allah SWT serta melaksanakan ibadah korban demi membantu golongan miskin.
Penghayatan dan amalan haji mengajar mesej kesederhanaan - PM Anwar
Ibadah haji yang disambut mengajar sifat tawaduk dan tidak terpukau dengan tarikan kemewahan dunia yang sementara, kata Perdana Menteri.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Khutbah Arafah akan diterjemah dalam 50 bahasa, lebih 1 bilion mengikutinya
Projek penterjemahaan khutbah Arafah ini dimulakan pada tahun 2018 di mana ketika itu hanya lima bahasa sahaja yang ditawarkan.
Arab Saudi undang 1,000 lagi warga Palestin tunai haji
Ia dianjur di bawah titah Raja Salman Abdulaziz Al Saud sebagai sebahagian daripada Program Tetamu Penjaga Dua Masjid Suci untuk Haji, Umrah dan Ziarah.
Hari Wukuf di Arafah jatuh pada 15 Jun ini
Mahkamah Agung Arab Saudi umum Jumaat, 7 Jun menandakan hari pertama Zulhijjah susulan terlihatnya anak bulan di negara itu.
Rakyat Malaysia digesa patuhi peraturan visa haji - Konsulat Jeneral
Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah mengingatkan semua rakyat Malaysia yang berhasrat menunaikan ibadah haji pada tahun ini agar memastikan mereka memiliki visa atau permit haji yang sah.
Kumpulan pertama 282 jemaah haji tiba di Mekah
Tujuh buah bas yang membawa jemaah dari kumpulan KT01 itu tiba jam 5.30 petang waktu tempatan di Hotel Abraj Al Janadiriyah, Mekah.