KUALA LIPIS: Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, mengingatkan pemimpin di negeri itu supaya mengelak daripada memainkan isu politik yang boleh memecah belahkan perpaduan rakyat.
Baginda bertitah parti politik hanyalah 'halaman' kepada amalan demokrasi kepada pentadbiran negara dan negeri, justeru parti politik tidak seharusnya dibiarkan menjadi pemecah perpaduan rakyat.
"Jangan disebabkan politik, rakyat saya berpecah-belah dan bertelagah.Tidak ada apa-apa yang lebih menggembirakan saya daripada melihat rakyat yang dikasihi hidup dalam suasana sejahtera, aman dan bersatu padu," titah baginda di Dataran Santuari Kampung Tanjung Gahai di sini selepas menamatkan Ekspedisi Mahkota Mudik Sungai Pahang 2024 yang berlangsung empat hari bermula Ahad lepas.
Turut mengiringi baginda Tengku Panglima Raja Brigedier Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah serta Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Tengku Hassanal bertitah selain melindungi rakyat Pahang, baginda juga perlu menyatupadukan rakyat dalam semangat kekeluargaan dan sayang menyayangi.
"Program ini (Ekspedisi Mahkota Mudik Sungai Pahang), menjadi asas kepada tali silaturrahim antara saya dengan rakyat, di samping menjadi satu amanah yang dipertanggungjawabkan kepada saya.
"Saya gembira melihat senyuman dan ketawa rakyat saya," titah baginda.
Tengku Hassanal bertitah ekspedisi itu turut disifatkan platform terbaik kepada baginda untuk menyantuni rakyat.
Baginda menzahirkan rasa berbesar hati dapat bertemu puluhan ribu rakyat tidak mengira umur, latarbelakang dan kaum termasuk orang asli negeri itu.
Dalam pada itu, baginda mengingatkan rakyat supaya menjaga kawasan hutan yang menjadi punca kepada aliran sungai.
Tengku Mahkota Pahang turut menitahkan kerajaan negeri mengenal pasti hutan yang menjadi punca aliran sungai sekali gus mewartakan kawasan tersebut sebagai kawasan tadahan air.
"Jangan benarkan sebarang projek pembalakan, pembangunan mahupun ladang-ladang dibuat di kawasan ini," titah baginda.
Ekspedisi sejauh 400 kilometer menggunakan bot atau perahu kajang yang suatu ketika dahulu menjadi alat pengangkutan awam utama penduduk yang menggunakan sungai sebagai jalan perhubungan itu, bermula di Pekan dan berakhir di Tanjung Gahai.
--BERNAMA
Bernama
Wed Mar 06 2024
Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah berkenan menyampaikan titah selepas keberangkatan tiba di hentian terakhir di Kampung Tanjung Gahai sempena Ekspedisi Mahkota Mudik Sungai Pahang 2024 hari ini. - Foto BERNAMA
Apple Pencil baharu hadir dengan sistem haptik
Apabila digunakan pada skrin iPad, pengguna boleh merasakan tindak balas haptik seakan menggunakan pensel sebenar.
[TERKINI] KPM giat laksana pelbagai inisiatif bagi reformasi pendidikan negara
KPM berkata, Laporan Bank Dunia bertajuk 'Bending Bamboo Shoots: Strengthening Foundation Skills' berkenaan sistem pendidikan negara diambil perhatian.
Tentera AS edar gambar jeti maritim Gaza siap dibina
Beberapa gambar pembinaan jeti maritim oleh tentera Amerika Syarikat (AS) di Gaza untuk menghantar bantuan kemanusiaan telah diedarkan Komando Pusat AS pada Isnin.
Pesara tentera maut dilanggar lori menggelongsor
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menyalurkan maklumat berkenaan kepada pegawai penyiasat kes.
Kenaikan cukai perkhidmatan 8% beri kesan kos operasi, unjuran pendapatan Nestle Malaysia dikurangkan
Perbelanjaan operasi bagi 2024 juga diramal bertambah lagi susulan rasionalisasi bahan api yang berkemungkinan dilaksanakan.
Dua sahabat maut dilanggar bas
Mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
25 terbunuh bas terjunam gaung di utara Peru
Bas antara negeri itu membawa 50 penumpang apabila insiden itu berlaku kira-kira 10.10 malam waktu tempatan.
Jepun, Uzbekistan berentap final Piala Asia B-23
Pasukan yang kalah dalam penentuan tempat ketiga itu akan menentang Guinea yang berada pada kedudukan keempat.
Che'gu Bard tiba di Mahkamah Sesyen Johor Bahru berdepan tuduhan lagi
Beliau yang hadir bersama peguamnya, Muhammad Rafique Rashid Ali, dijangka berdepan satu lagi pertuduhan mengikut Akta Hasutan 1948.
Niaga AWANI: KWSP: Melestari kehidupan persaraan
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikatakan bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat. Namun KWSP telah memperkenalkan Akaun Fleksibel dan berkuat kuasa mulai 11 Mei 2024. Bagaimana pengurusan persaraan selepas ini dan apakah pendekatan terbaik bagi meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan masyarakat?
PHAM 2024: Tengku Hassanal berkenan sertai pengalaman XR - 'Global Collaboration Village'
Kehadiran Pemangku Raja Pahang itu adalah bersempena dengan Sidang Kemuncak Kesihatan Planet 2024 dan Mesyuarat Tahunan ke-6 (PHAM 2024).
Jangan main isu politik yang pecah belahkan rakyat - Tengku Hassanal
Tengku Hassanal bertitah parti politik hanyalah 'halaman' kepada amalan demokrasi kepada pentadbiran negara dan negeri.
Raja Muda Perlis, Tengku Mahkota Pahang beri penghormatan terakhir kepada Taib Mahmud
Pemangku Raja Perlis dan Tengku Mahkota Pahang berkenan berangkat memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud.
Ahli perniagaan didakwa cuba menipu, menyamar Setiausaha Sulit Tengku Mahkota Pahang
Datuk Redzuan Zainuddin didakwa cuba menipu supaya dilantik sebagai Ahli Pemegang Amanah Yayasan Bank Rakyat.
Nasihat Sultan Abdullah untuk Pemangku Raja Pahang
Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah yang hari ini dimasyhurkan sebagai Tengku Mahkota Pahang dan Pemangku Raja Pahang diingatkan oleh ayahandanya supaya berbuat baik dan amanah.
Tengku Hassanal dimasyhur Tengku Mahkota, Pemangku Raja Pahang
Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah hari ini dimasyhur sebagai Tengku Mahkota Pahang dan Pemangku Raja Pahang.
Ulama dan umara perlu bersatu dalam usaha tangani krisis melibatkan umat Islam kini
Hanya dengan wujudnya kesatuan antara dua golongan berkenaan, segala permasalahan yang melibatkan umat Islam akan dapat diatasi.
Akaun Facebook palsu guna nama kerabat Diraja Pahang disiasat
Laporan polis dibuat hari ini berhubung lima akaun Facebook palsu yang menggunakan nama Tengku Mahkota dan Tengku Puan Pahang.
Skuad hoki negara berjaya pamer aksi berkualiti - Tengku Abdullah
Kejayaan skuad hoki negara menewaskan pasukan pilihan New Zealand pada suku akhir Kejohanan Cabaran Juara-Juara 1.
Banjir seluruh Kuantan hasilkan 14,000 tan sisa
Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah beri jaminan pihak berkuasa akan membantu memulihkan semula keadaan di tempat yang terjejas akibat banjir.