KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sekali lagi mengingatkan orang ramai, agar tidak memuat naik atau berkongsi sebarang kandungan atau pandangan yang berbaur kebencian membabitkan elemen 3R (perkauman, agama dan Institusi Diraja) di media sosial dan aplikasi pemesejan.
Pengerusinya Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din berkata peringatan tersebut dibuat susulan beberapa insiden melibatkan elemen 3R, yang berlaku semenjak kebelakangan ini yang dikhuatiri boleh menjejaskan ketenteraman awam dan keharmonian di dalam negara.
"Ucapan berbaur kebencian, merujuk kepada kata-kata ucapan ataupun gambar yang menuduh, merendah-rendahkan nilai seseorang individu atas faktor perkauman, etnik, agama, mahupun kewarganegaraan mereka," katanya dalan kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, beliau berkata MCMC akan terus membuat pemantauan bagi membendung penyebaran maklumat yang tidak sahih serta kenyataan bersifat jelik, membabitkan unsur 3R.
Mohamad Salim berkata sebarang perkongsian kandungan bersifat palsu, jelik dan mengancam, merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998, yang jika disabit kesalahan boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali.
"Tindakan penguatkuasaan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan diambil terhadap mereka yang terlibat, mengikut peruntukan undang-undang sedia ada demi melindungi ketenteraman dan kepentingan masyarakat," katanya.
Sementara itu Mohamad Salim turut menggesa pentadbir portal berita dalam talian, media sosial dan aplikasi pemesejan, untuk menguruskan komen-komen daripada netizen di platform mereka.
"Pihak penyedia platform media sosial pula, diminta untuk lebih bertanggungjawab dalam menurunkan kandungan-kandungan berbaur provokatif dan berbahaya apabila dikesan," katanya.
Beliau berkata sekiranya terjumpa kandungan berbaur hasutan, provokasi ataupun elemen 3R, orang ramai diminta segera laporkan insiden tersebut kepada MCMC, melalui portal Aduan MCMC di pautan https://aduan.skmm.gov.my/; talian aduan 1800-188-030; WhatsApp di 016 2206 262 dan e-mel di [email protected]
"Orang ramai juga boleh menyalurkan maklumat atau melaporkan berita palsu melalui pautan https://sebenarnya.my/salur/," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 19 2023

MCMC akan terus membuat pemantauan bagi membendung penyebaran maklumat yang tidak sahih serta kenyataan bersifat jelik, membabitkan unsur 3R.

PKBM terima laporan gangguan seksual atlet berbasikal wanita
Presiden PKBM Datuk Abu Samah Abd Wahab, mengesahkan telah menerima laporan berhubung kes gangguan seksual membabitkan seorang pelumba wanita negara, bagi acara MTB.

AWANI Ringkas: Ab Rauf angkat sumpah Ketua Menteri Melaka
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Rapid Rail giat usaha atasi gangguan perkhidmatan rel
Siasatan mendapati bahawa ia tidak berpunca daripada kegagalan keseluruhan sistem tetapi hanya melibatkan beberapa subkomponen tertentu.

Petugas kontrak: KKM belum tetapkan garis masa, perlu pinda Akta Pencen - Lukanisman
Inisiatif itu memerlukan pindaan berkaitan Akta Pencen 1980 dilakukan dan perbincangan bersama JPA masih diadakan.

Pharmaniaga beri jaminan bekalan ubat tidak terjejas - Dr Zaliha
Pharmaniaga Bhd telah memberi jaminan untuk membekal lebih daripada 700 produk ubat dan bukan ubat kepada semua fasiliti Kementerian Kesihatan (KKM) selain akan terus kukuh dan berdaya saing.

Ahmad Zahid harap pelantikan Ab Rauf bawa perubahan kepada Melaka
Ahmad Zahid berharap pelantikan Ab Rauf sebagai Ketua Menteri Melaka akan membawa perubahan kepada negeri itu terutama potensi untuk menarik pelabur.

Di sebalik laungan suara indah dari Masjidil Haram
Pembesar suara di Masjidil Haram diperkenalkan buat pertama kali pada tahun 1947 semasa pemerintahan Raja Abdulaziz.

Penjawat awam Selangor terima bantuan khas Aidilfitri sebulan gaji
Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan anggota perkhidmatan kerajaan negeri itu, akan menerima bantuan khas kewangan sempena Hari Raya Aidilfitri sebanyak satu bulan gaji atau minimum RM1,000.

Kes VLN Zahid: Pengurusan kes selanjutnya rayuan pihak pendakwaan pada 12 Mei
Mahkamah Rayuan menetapkan 12 Mei bagi pengurusan kes selanjutnya rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi daripada 40 pertuduhan rasuah berhubung Sistem VLN
![AWANI 7:45 [31/03/2023] - Permohonan Najib ditolak | EXCO diumum dalam 48 jam AWANI 7:45 [31/03/2023] - Permohonan Najib ditolak | EXCO diumum dalam 48 jam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2016557/7377783301680268669697_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [31/03/2023] - Permohonan Najib ditolak | EXCO diumum dalam 48 jam
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Dzulfitri Yusof Tumpuan #AWANI745 malam ini: Usaha terakhir gagal, Najib kekal di penjara Kajang Seperti dijangka Rauf Ketua Menteri Melaka, apa jadi agenda utama? PM tegaskan tiada siapa boleh tentukan pendirian Malaysia untuk berpihak kepada siapa Aidilfitri mengejut lagi? Jakim ingatkan jangan buat andaian #AWANInews

Jangan muat naik kandungan berbaur kebencian babit elemen 3R - MCMC
Peringatan tersebut dibuat susulan beberapa insiden melibatkan elemen 3R yang berlaku semenjak kebelakangan ini

Mohamad Salim dilantik pengerusi MCMC baharu
Pelantikan Mohamad Salim itu untuk tempoh dua tahun berkuat kuasa 1 Mac.

Muhammad Azmi pengerusi interim baharu MCMC
Muhammad Azmi mengambil alih kepimpinan itu daripada Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din yang menerajui jawatan tersebut sejak 10 Jun 2022.

Senator Zurainah dilantik Pengerusi FINAS, Mohamad Salim Pengerusi Interim MCMC
Senator Datuk Seri Zurainah Musa dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) bagi tempoh dua tahun, berkuat kuasa hari ini sehingga 9 Jun 2024.

Pelaksanaan PKPB: Battle of the Bulge ditunda
Program itu ditangguhkan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Besyarat (PKPB) di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Dua tokoh korporat berentap dalam perlawanan skuasy amal
Perlawanan amal 'Battle of the Bulge' itu bertujuan mengumpul dana untuk menyediakan makanan kepada golongan memerlukan yang terjejas oleh penularan pandemik COVID-19.