awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan politikkan isu melibatkan agama - Rafidah Aziz

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
11/06/2016
14:38 MYT
Jangan politikkan isu melibatkan agama - Rafidah Aziz
Rafidah menjadi tetamu undangan rancangan bual bicara santai, Obviously Harith Iskander (OHI) di Astro Bukit Jalil Kuala Lumpur hari ini. - Foto Astro AWANI
Veteran UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz berharap semua pihak agar tidak mempolitikkan sebarang isu yang melibatkan agama.
Tegasnya, ia termasuk isu hukum hudud yang cuba dimanupulasi sesetengah pihak yang dilihat hanya akan mewujudkan ketidaktenteraman dalam kalangan masyarakat.
"Saya rasa jika kita kita tahu pegangan agama kita yang mana bukannya (fikir) potong tangan, kepala, dan sebagainya, saya rasa kita akan memahaminya.
"Saya baca banyak perkara mengenai hudud, orang bercakap mengenai hudud dalam cara yang positif, ada yang kata: "Ia (hudud) bukan semata-mata potong tangan, ia berkaitan dengan banyak perkara yang perlu dilihat," katanya semasa menjadi tetamu undangan rancangan bual bicara santai, Obviously Harith Iskander (OHI) di Astro Bukit Jalil di sini hari ini.
BACA: Selesaikan 'masalah', bangunkan negara ini untuk generasi akan datang - Rafidah
BACA: 'Saya menang bertarung gusti lengan dengan Mahathir' - Rafidah Aziz
Menurut Rafidah, beliau kecewa dengan sesetengah pihak yang cuba menakut-nakutkan orang ramai dengan memberi gambaran yang tidak baik mengenai hudud.
"Kenapa mesti perlu terlalu ekstrim dan menakut-nakutkan semua orang? Sebagai orang Islam, jika iman kita kuat, saya rasa kita tidak perlukan undang-undang yang sudah lapuk," tegas beliau.
Pada masa sama, katanya, setiap orang perlu bertanya kepada diri masing-masing adakah setiap kelakuan dan tindak tanduk dilakukan adalah selari dengan identiti mereka sebagai umat Islam.
Justeru katanya, bukan sahaja agama, banyak perkara lain tidak seharusnya dipolitikkan termasuk isu pendidikan dan kaum.
Topic Berkaitan
#hudud
#Obviously Harith Iskander
#OHI
#Rafidah Aziz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan