KUALA LUMPUR: Memikirkan risiko tinggi dijangkiti COVID-19, pastinya wanita hamil dan yang menyusukan anak mahu mengambil suntikan vaksin sebagai perisai diri daripada ancaman pandemik itu.
Bagaimanapun, terdapat kekeliruan kerana ramai menyangka mereka dilarang terus daripada mengambil imunisasi itu kerana dikhuatiri mendatangkan kesan sampingan terhadap diri mereka, kandungan dan anak yang sedang menyusu.
Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata yang sebenarnya, buat sementara waktu golongan itu tidak disyorkan mengambil suntikan tersebut kerana ketiadaan data yang mencukupi.
"Tanpa mengira trimester kandungan, mereka tidak disyorkan mengambilnya setakat ini," katanya ringkas kepada Bernama ketika dihubungi.
Menurut Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) dalam ruangan soalan lazim yang dikemas kini mengenai vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech dikenali sebagai COMIRNATY, wanita hamil dan yang menyusukan anak diminta berhubung dengan doktor masing-masing untuk mengenal pasti jika mereka adalah penerima yang sesuai bagi vaksin tersebut.
"Ujian klinikal Vaksin COMIRNATY tidak melibatkan wanita yang hamil atau sedang menyusukan anak.
"Memandangkan tiada data keberkesanan dan keselamatan penggunaan vaksin ini bagi populasi tersebut, pengesyoran tidak dapat dibuat sehingga maklumat terkini diperoleh," menurut NPRA.
Pakar Obstetrik dan Ginekologi Hospital KPJ Ampang Puteri Datuk Dr Ashar Abdullah pula berkata bagaimanapun, jika mereka adalah petugas barisan hadapan maka mereka sepatutnya diberikan vaksinasi memandangkan mereka berdepan risiko yang lebih tinggi dijangkiti COVID-19.
"Buat masa ini, yang menjadi masalah ialah tiada data yang cukup untuk menyokong vaksinasi rutin kepada wanita hamil dan yang menyusukan anak ... namun dari apa yang saya tahu, tiada risiko tambahan untuk golongan ini, sama seperti orang lain," katanya.
Beliau berkata bagaimanapun, saranan itu hanya untuk menangguhkan pengambilan suntikan vaksin sehingga data mencukupi diperoleh dan bukan bermakna ia tidak diperlukan atau tidak perlu diambil langsung.
Berkongsi pandangan sama, Pensyarah Perubatan Mikrobiologi Universiti Putra Malaysia Profesor Madya Dr Niazlin Mohd Taib berkata keperluan untuk petugas barisan hadapan yang mengandung untuk mengambil vaksin adalah tinggi tetapi bergantung kepada tempoh kandungan.
Bagaimanapun, pengambilan suntikan untuk petugas barisan hadapan yang hamil tetap perlu melibatkan persetujuan, perbincangan dan rujukan kepada data serta fakta.
"Untuk ibu mengandung yang lain, perbezaan dari segi tempoh kandungan sama ada trimester pertama, kedua atau ketiga juga diambil kira untuk menetapkan bilakah waktu yang sesuai untuk pengambilan vaksin.
"Perbincangan bersama pakar yang terlibat seperti ahli neonatologi, pakar sakit puan serta hospital ibu dan anak tentang keperluan pengambilan vaksin adalah perlu dari segi keselamatan dan risiko setiap seorang kerana faktor kesihatan seseorang dan pekerjaan mungkin berbeza," katanya.
Niazlin berkata sekiranya seorang ibu hamil itu tidak mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat jangkitan COVID-19, misalnya tinggal di kawasan zon hijau dan keluarga tidak bekerja sebagai petugas barisan hadapan, maka keperluan untuk vaksin adalah lebih rendah serta boleh menunggu sehingga persetujuan atau garis panduan dikeluarkan.
Katanya, garis panduan pengambilan vaksin yang dibina akan berubah mengikut aliran bukti-bukti keselamatan, keberkesanan dan kepentingan pengambilan berdasarkan risiko seseorang terhadap jangkitan COVID-19.
"Beberapa pertubuhan kesihatan di dunia juga telah menyemak semula kepentingan vaksinasi dalam kalangan mereka kerana mereka dianggap antara yang berisiko apabila menghidapi COVID-19," katanya.
Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia Datuk Dr Zainal Ariffin Omar juga berpendapat meskipun pengambilan vaksin itu tidak disyorkan kepada golongan itu, beliau menyarankan agar mereka mendapatkan pandangan pakar terlebih dahulu dan tidak membuat tafsiran sendiri.
"Ibu mengandung secara umumnya tidak boleh ambil tetapi ada pakar berpendapat kalau pada trimester ketiga vaksin boleh diambil kerana pembentukan bayi sudah lengkap... sebab itu, apa jua ubat kita tidak beri ketika tiga bulan pertama.
"Sebab itu kita tidak boleh samakan semua yang mengandung. Adalah lebih baik berbincang dengan doktor bagi mendapatkan kepastian, itu lebih baik," katanya.
Sebelum ini, media antarabangsa melaporkan Pfizer telah memulakan ujian klinikal vaksin COVID-19 itu di Amerika Syarikat baru-baru ini ke atas 4,000 ibu mengandung bagi menguji keselamatan dan keberkesanannya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 25 2021
Pengambilan suntikan untuk petugas barisan hadapan yang hamil tetap perlu melibatkan persetujuan, perbincangan dan rujukan kepada data serta fakta. - Gambar hiasan
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
KKM batal notifikasi enam produk kosmetik mengandungi racun berjadual
Penjual dan pengedar produk berkenaan perlu menghentikan penjualan dan pengedarannya dengan serta-merta.
Kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam meningkat minggu lepas
Kes baharu naik 5.2% (1,367 kepada 1,438 kes), kes sembuh turun 8.8% (1,497 kepada 1,365), kes kematian naik 300% (dua kepada lapan).
Kes denggi meningkat minggu lepas - KKM
Sepanjang tempoh tersebut 2,149 kes demam denggi dilaporkan, meningkat sebanyak 182 kes atau 9.3 peratus.
Kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan menurun 6.5 peratus
Tiada perubahan dari segi peratus pengisian katil fasiliti COVID-19 pada ME 6/2023, berbanding ME 5/2023, bagi katil bukan kritikal.
Malaysia pengerusi mesyuarat Lembaga Eksekutif WHO buat pertama kali
Malaysia dilantik ahli Lembaga Eksekutif WHO mewakili rantau Pasifik Barat bagi tempoh tiga tahun bermula Mei 2021.
Kes denggi catat penurunan minggu lepas
Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga kini adalah sebanyak 8,968, berbanding 2,948 kes bagi tempoh sama tahun 2022.
Genap tiga tahun negara 'diserang' COVID-19
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah merakamkan penghargaan kepada kesemua staf barisan hadapan yang bertungkus-lumus sejak kes pertama dilaporkan.
KKM arah premis ditutup 14 hari berikutan insiden tikus 'jamah' ayam
Dr. Noor Hisham Abdullah menerusi kenyataan media memberitahu, lokasi kejadian dikenal pasti di Pandan Indah, Kuala Lumpur.
Ubat batuk, selesema dari India tidak didaftarkan di Malaysia
KKM menerusi NPRA akan menjalankan pemantauan secara berterusan berkaitan kejadian ini.
Laporan kesihatan Najib: KKM terikat etika kerahsiaan pesakit - Dr Noor Hisham
Laporan kesihatan Najib hanya boleh dikemukakan kepada mahkamah sekiranya diarahkan oleh badan perundangan itu.