awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
Ketua Staf Starmer letak jawatan susulan skandal Mandelson
LDP Jepun dijangka menang besar, Takaichi kekal PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan tuduh saya masuk politik, ahli politik bukan malaikat - Musa

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
05/09/2014
08:15 MYT
Jangan tuduh saya masuk politik, ahli politik bukan malaikat - Musa
MUSA: Jangan tuduh saya masuk politik, ahli politik bukan malaikat
"Saya tidak terlibat dengan mana-mana parti politik, sama ada Barisan Nasional (BN), PKR mahupun PAS...saya ada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sendiri dan tidak perlu terlibat dengan politik."
Itu tegas Pengerusi Pertubuhan Keprihatinan Jenayah Komuniti Malaysia (MCCC), Tan Sri Musa Hassan yang menafikan tuduhan kumpulan tertentu terhadap penglibatannya di dalam politik.
"Saya sudah kata dari awal lagi tidak mahu terlibat dengan parti politik. Jangan buat tohmahan palsu mengenai isu ini," katanya ketika menghubungi Astro AWANI di sini hari ini.
Musa yang juga Bekas Ketua Polis Negara mengulas desas-desus mengenai penglibatannya di dalam sebuah parti politik akhir-akhir ini.
Musa sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 dilaporkan pernah menafikan penglibatannya di dalam parti PAS selain mengakui tiada siapa pernah tampil menawarkan keahlian parti kepadanya.
Sebelum ini Musa memberitahu, kerakusan individu dalam politik dilihat antara ancaman yang boleh merosakkan kegemilangan dan semangat patriotik rakyat negara.
Tegasnya, orang politik hari ini turut disifatkan rakus untuk mendapat kuasa dan mewujudkan pecah belah dalam negara.
"Boleh jadi mereka tidak suka pandangan dan komen saya bila wartawan bertanya tentang sesuatu isu.
Kita perlu memberi tahu kenyataan yang sebenarnya jika mereka (ahli politik) tidak betul.
"Mereka hendak kita kata apa mereka buat semua betul. Kalau macam itu, suruh mereka jadi malaikat," jelasnya.
Pada September tahun lepas, Musa mengumumkan penubuhan pemantau jenayah yang baharu dikenali sebagai MCCC.
Musa berkata keputusan menubuhkan MCCC dibuat selepas tidak lagi menjadi penaung Pasukan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch) sejak Julai 2013.
Topic Berkaitan
#BN
#MALAIKAT
#MCCC
#MUSA
#PAS
#PKR
#polis
#politik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan