awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki curi barang kemas bernilai lebih RM150,000 di pusat beli-belah
Kluster tibi: KPM patuh saranan KKM, keadaan terkawal setakat ini - Fadhlina
Israel bedil beberapa kawasan di Gaza meskipun gencatan senjata berkuat kuasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangkaan hujan lebat: ANIH nasihati pengguna ke Pantai Timur rancang perjalanan

Bernama
Bernama
31/12/2021
07:21 MYT
Jangkaan hujan lebat: ANIH nasihati pengguna ke Pantai Timur rancang perjalanan
ANIH memaklumkan paras air di kedua-dua lebuh raya pada masa ini masih selamat dan pihaknya akan terus memantau dan mengemas kini maklumat terkini di rangkaian media sosial miliknya.- Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pemegang konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) ANIH Berhad menasihati pengguna lebuh raya untuk merancang perjalanan, susulan jangkaan hujan lebat di kawasan Pantai Timur minggu ini.
Pengurus Kanan ANIH Berhad Radzimah Mohd Radzi dalam kenyataan hari ini memaklumkan paras air di kedua-dua lebuh raya pada masa ini masih selamat dan pihaknya akan terus memantau dan mengemas kini maklumat terkini di rangkaian media sosial miliknya.
"ANIH ingin memberi jaminan kepada orang ramai bahawa kami sentiasa dalam keadaan bersedia dan komited untuk memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna lebuh raya sebagai keutamaan," katanya.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut di laman web dan media sosial Lembaga Lebuhraya Malaysia dan ANIH Berhad atau menerusi talian 1-800-88-7752 / 09- 5479111 / 1-700- 818-700.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pantai Timur
#anih
#hujan lebat
#Banjir 2021
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan