awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UCL: Mo Salah ketuai pesta jaringan Liverpool di Anfield
LVG catat hasil tambahan RM817 juta pada 2025
Polis tahan 30 lelaki pendatang asing di Nilai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Janin bayi ditemukan dalam lori sampah alami kecederaan serius - Polis

Bernama
Bernama
12/12/2025
04:45 MYT
Janin bayi ditemukan dalam lori sampah alami kecederaan serius - Polis
Polis semalam mengesahkan penemuan janin bayi itu oleh seorang pekerja sebuah syarikat pengurusan alam sekitar semasa memunggah sampah ke dalam lori pada 12.30 tengah hari. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Janin bayi yang ditemukan dalam sebuah lori sampah di Bukit Jalil, Cheras, dekat sini semalam, mengalami beberapa kecederaan serius pada tubuh.

Ringkasan AI
  • Janin bayi lelaki ditemui dalam lori sampah Bukit Jalil, Cheras, mengalami kecederaan serius termasuk perut tercedera, tengkorak kepala pecah, dan tali pusat putus.
  • Polis telah merakamkan empat individu bagi membantu siasatan penemuan janin bayi berusia kira-kira 25 minggu itu.
  • Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 315 Kanun Keseksaan, kesalahan mengelakkan anak dilahirkan hidup atau menyebabkannya mati selepas dilahirkan.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Aidil Bolhassan berkata janin lelaki berusia kira-kira 25 minggu sepanjang 35 sentimeter itu mengalami kecederaan pada perut selain tengkorak kepala pecah dan tali pusat putus.
"Setakat ini empat individu telah dirakam percakapan bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Semalam, polis mengesahkan penemuan janin bayi itu oleh seorang pekerja sebuah syarikat pengurusan alam sekitar semasa memunggah sampah ke dalam lori pada 12.30 tengah hari.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 315 Kanun Keseksaan, iaitu kesalahan mengelakkan anak daripada dilahirkan hidup atau hendak menyebabkannya mati selepas dilahirkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes buang bayi
#kes buang janin bayi
#bayi cedera parah
#lori sampah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan