BERA: "Pada mula-mula (bekas Perdana Menteri) Tan Sri Muhyiddin Yassin umum (senarai Kabinet beliau) juga tiada, sama sahaja. Insya-ALLAH kalau macam dulu tak ada, tapi (selepas itu) ada," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ringkas.

Perdana Menteri berkata demikian ketika ditanya pemberita mengenai ketiadaan jawatan Timbalan Perdana Menteri dalam senarai Kabinetnya yang diumumkan pada Jumaat.

BACA: 100 hari pertama Kabinet Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

BACA: Ini senarai anggota Kabinet Ismail Sabri Yaakob

Beliau menjawab soalan itu ketika sidang akhbar sempena lawatannya ke Eksesais Para Predator Siri 1/2021 di Kampung Batu Bor di sini pada Sabtu.

Program eksesais itu melibatkan hampir 1,900 pegawai dan anggota pelbagai elemen dan latihan berskala besar selama dua minggu yang bermula Selasa lepas, merupakan satu daripada eksesais dilaksanakan Tentera Darat Malaysia (TDM) melalui 10 Bridged (PARA) yang berpangkalan di Kem Terendak, Melaka.

Ini merupakan lawatan pertama Perdana Menteri ke Parlimennya selepas dilantik sebagai Perdana Menteri.

Sebelum memulakan program Sabtu, Ismail Sabri turut mengambil kesempatan menziarahi kedua-dua pusara orang tuanya di Kampung Lubuk Kawah, Temerloh yang juga merupakan tempat lahir beliau.

ARTIKEL ASAL DISIARKAN DI SINAR HARIAN: 'Insya-ALLAH macam dulu tak ada, selepas itu ada'